Syarikat B4U Trading Exit Scam ?
B4U Trading adalah syarikat yang berpangkalan di Malaysia. WikiBit menerima pelbagai aduan daripada pengguna berkenaan syarikat pelaburan tersebut. Berikut adalah senarai aktiviti yang dijalankan B4U Trading : Bitcoin Trading Bitcoin Wallet Import Basmathi Rice Export Palm Oil E-Hailing (Pakistan) Property Development (Pakistan) Joint Venture Project Motorcycle Factory Invest on Bon & Stock Market Pihak B4U mengatakan segala aktiviti perniagaan yang tersenarai adalah sah dijalankan di serata global. Dengan tagline “Be Your Own Boss With B4U Trading”, pihak pengguna telah ramai yang mengatakan syarikat ini telah membuat penipuan apabila laman sesawang telah disekat dan segala dana tidak dapat diambil kembali. Syarikat ini menawarkan keuntungan 7% sehingga 20% sebulan berdasarkan amaun pelaburan ahli. Paling menyedihkan ramai ahli dari Malaysia telah mengalami masalah tidak dapat mengeluarkan dana yang dilabur dan keuntungan yang diperolehi. WikiBit menyarankan semua pengguna sentiasa berhati-hati dalam melabur di dalam industri matawang kripto. Apa pun keputusan dari syarikat B4UTrading perlu ditunggu jika masih ada sinar di masa akan datang. Muat turun aplikasi WikiBit dan laporkan kegiatan-kegiatan seperti ini di ruangan “Exposure”. Bantu masyarakat untuk mengetahui kegiatan mereka yang tidakbertanggungjawab.