Perdagangan Kripto PayPal Tembusi Pasaran UK!

摘要:Pertama kalinya PayPal membuka peluang kepada pelabur untuk membeli, menyimpan, dan menjual matawang kripto menggunakan perkhidmatan PayPal bermula pada minggu ini.

Ini merupakan perkembangan terbaru selepas perkhidmatan kripto ditawarkan di Amerika Syarikat (AS) pada November 2020.

Jelas PayPal, pelabur bukan sahaja boleh membuat pelaburan terhadap Bitcoin (BTC) tetapi juga Ethereum (ETH), Litecoin (LTC), dan Bitcoin Cash (BCH).

Perkhidmatan tersebut boleh dilakukan sama ada menerusi laman web rasminya atau aplikasi mudah alih.

Tidak mustahil pasaran UK akan meningkatkan lagi pendedahan matawang kripto di negara itu.

Perkara ini didorong oleh data yang menunjukkan penggunaan PayPal di UK mencatatkan kadar tertinggi, lebih 2 juta pengguna aktif setiap bulan berbanding negara-negara Eropah lain.

Menyentuh isu perundangan kripto yang ketat di UK susulan daripada operasi Binance dihentikan oleh Financial Conduct Authority (FCA) pada akhir Jun, PayPal memberi jaminan bahawa pihak mereka sentiasa mengikut rapat perkembangan penyelia di negara itu dan seluruh negara dalam melancarkan perdagangan kripto.

Ketika penulisan, pasaran kripto menunjukkan perkembangan yang positif. Dalam 24 jam, aset tersebut didagangkan pada nilai:

BTC: $49,893 (meningkat 1.35%)

ETH: $3,264 (meningkat 0.29%)

LTC: $187.16 (meningkat lebih 2%)

BCH: $679.60 (meningkat 0.42%)

免責聲明

本文觀點僅代表作者個人觀點,不構成本平台的投資建議,本平台不對文章信息準確性、完整性和及時性作出任何保證,亦不對因使用或信賴文章信息引發的任何損失承擔責任
上一篇

【天眼合约日报】BTC延续震荡 调整或需更长时间

下一篇

CBDC|不丹合作「瑞波CBDC解決方案」試驗央行數位貨幣 | 動區動趨-最具影響力的區塊鏈媒體 (比特幣, 加密貨幣)