Perdagangan Kripto PayPal Tembusi Pasaran UK!

요약:Pertama kalinya PayPal membuka peluang kepada pelabur untuk membeli, menyimpan, dan menjual matawang kripto menggunakan perkhidmatan PayPal bermula pada minggu ini.

Ini merupakan perkembangan terbaru selepas perkhidmatan kripto ditawarkan di Amerika Syarikat (AS) pada November 2020.

Jelas PayPal, pelabur bukan sahaja boleh membuat pelaburan terhadap Bitcoin (BTC) tetapi juga Ethereum (ETH), Litecoin (LTC), dan Bitcoin Cash (BCH).

Perkhidmatan tersebut boleh dilakukan sama ada menerusi laman web rasminya atau aplikasi mudah alih.

Tidak mustahil pasaran UK akan meningkatkan lagi pendedahan matawang kripto di negara itu.

Perkara ini didorong oleh data yang menunjukkan penggunaan PayPal di UK mencatatkan kadar tertinggi, lebih 2 juta pengguna aktif setiap bulan berbanding negara-negara Eropah lain.

Menyentuh isu perundangan kripto yang ketat di UK susulan daripada operasi Binance dihentikan oleh Financial Conduct Authority (FCA) pada akhir Jun, PayPal memberi jaminan bahawa pihak mereka sentiasa mengikut rapat perkembangan penyelia di negara itu dan seluruh negara dalam melancarkan perdagangan kripto.

Ketika penulisan, pasaran kripto menunjukkan perkembangan yang positif. Dalam 24 jam, aset tersebut didagangkan pada nilai:

BTC: $49,893 (meningkat 1.35%)

ETH: $3,264 (meningkat 0.29%)

LTC: $187.16 (meningkat lebih 2%)

BCH: $679.60 (meningkat 0.42%)

면책 성명

본 기사의 견해는 저자의 개인적 견해일 뿐이며 본 플랫폼은 투자 권고를 하지 않습니다. 본 플랫폼은 기사 내 정보의 정확성, 완전성, 적시성을 보장하지 않으며, 개인의 기사 내 정보에 의한 손실에 대해 책임을 지지 않습니다.
전편

싱가포르, 가상자산거래소 첫 허가

다음

프리톤 블록체인 "초당 5만 5000건 처리…신기록 경신"