Berjaga-Jaga! Kemanakah Hala Tuju BTC?

摘要:Selepas catat lonjakan harga ke paras lebih dari $50,000, harga BTC mula menunjukkan penurunan hari demi hari. Pada hari ini sahaja, harga BTC telah catat kejatuhan dibawah $47,000 dan sebahagian besar kripto lain juga mengikuti trend penurunan yang sama.

Dalam masa 3 hari harga Bitcoin telah kehilangan sebanyak $3,000. Pada 23 Ogos yang lepas, harga BTC telah menembusi di atas paras $50,000 untuk pertama kalinya sejak kejatuhan harga yang besar pada pertengahan bulan Mei. Harga BTC telah mencecah setinggi $50,550 di bursa pertukaran kripto Bitstam. Walaubagaimanapun, BTC gagal untuk mempertahankan paras harga $50,000 seperti yang diinginkan pasaran.

Susulan dari itu, pembetulan harga mula berlaku sehingga BTC kehilangan $2,000 dan kemudian melonjak semula ke paras $49,000 sebelum meorosot ke paras harga di bawah $47,000.

Dalam masa yang sama, harus dimaklumi bahawa walaupun terdapat pemulihan dalam kripto namun BTC masih lagi berusaha untuk capai paras harga $47,000 dengan modal pasaran BTC telah kehilangan sebanyak $900 bilion.

Sebilangan besar aset kripto mengalami nasib yang sama sejak beberapa hari terakhir ini. Ethereum yang mencapai tahap tertinggi dalam beberapa bulan pada paras harga $3,360 pada hari isnin telah kehilangan lebih dari $200.

Jumlah nilai pasaran kumulatif bagi semua aset kripto telah turun sebanyak $160 bilion dalam dua hari ini menjadikan jumlah nilai pasaran $2.01 trillion.

Pemain pasaran kini memberi tumpuan pada paras harga $46,500 yang menjadi paras sokongan BTC. Jika paras sokongan tersebut tidak dapat bertahan maka terdapat kemungkinan harga BTC akan jatuh kepada $44,000.

免責聲明

本文觀點僅代表作者個人觀點,不構成本平台的投資建議,本平台不對文章信息準確性、完整性和及時性作出任何保證,亦不對因使用或信賴文章信息引發的任何損失承擔責任
上一篇

【天眼合约日报】BTC延续震荡 调整或需更长时间

下一篇

CBDC|不丹合作「瑞波CBDC解決方案」試驗央行數位貨幣 | 動區動趨-最具影響力的區塊鏈媒體 (比特幣, 加密貨幣)