Berjaga-Jaga! Kemanakah Hala Tuju BTC?

요약:Selepas catat lonjakan harga ke paras lebih dari $50,000, harga BTC mula menunjukkan penurunan hari demi hari. Pada hari ini sahaja, harga BTC telah catat kejatuhan dibawah $47,000 dan sebahagian besar kripto lain juga mengikuti trend penurunan yang sama.

Dalam masa 3 hari harga Bitcoin telah kehilangan sebanyak $3,000. Pada 23 Ogos yang lepas, harga BTC telah menembusi di atas paras $50,000 untuk pertama kalinya sejak kejatuhan harga yang besar pada pertengahan bulan Mei. Harga BTC telah mencecah setinggi $50,550 di bursa pertukaran kripto Bitstam. Walaubagaimanapun, BTC gagal untuk mempertahankan paras harga $50,000 seperti yang diinginkan pasaran.

Susulan dari itu, pembetulan harga mula berlaku sehingga BTC kehilangan $2,000 dan kemudian melonjak semula ke paras $49,000 sebelum meorosot ke paras harga di bawah $47,000.

Dalam masa yang sama, harus dimaklumi bahawa walaupun terdapat pemulihan dalam kripto namun BTC masih lagi berusaha untuk capai paras harga $47,000 dengan modal pasaran BTC telah kehilangan sebanyak $900 bilion.

Sebilangan besar aset kripto mengalami nasib yang sama sejak beberapa hari terakhir ini. Ethereum yang mencapai tahap tertinggi dalam beberapa bulan pada paras harga $3,360 pada hari isnin telah kehilangan lebih dari $200.

Jumlah nilai pasaran kumulatif bagi semua aset kripto telah turun sebanyak $160 bilion dalam dua hari ini menjadikan jumlah nilai pasaran $2.01 trillion.

Pemain pasaran kini memberi tumpuan pada paras harga $46,500 yang menjadi paras sokongan BTC. Jika paras sokongan tersebut tidak dapat bertahan maka terdapat kemungkinan harga BTC akan jatuh kepada $44,000.

면책 성명

본 기사의 견해는 저자의 개인적 견해일 뿐이며 본 플랫폼은 투자 권고를 하지 않습니다. 본 플랫폼은 기사 내 정보의 정확성, 완전성, 적시성을 보장하지 않으며, 개인의 기사 내 정보에 의한 손실에 대해 책임을 지지 않습니다.
전편

싱가포르, 가상자산거래소 첫 허가

다음

프리톤 블록체인 "초당 5만 5000건 처리…신기록 경신"