Dogecoin Skim Ponzi atau 'asset of the year' ?

摘要:Walaupun Dogecoin (DOGE) mendapat perhatian yang luar biasa gara-gara hype oleh pengasas Tesla, Elon Musk, presiden Federal Reserve Bank of Minneaopolis, Neel Kashkari berpendapat sebaliknya, melabel matawang kripto itu sebagai ‘ponzi’.

Kenyataannya itu dilontarkan dalam satu poll yang dijalankan oleh ketua pegawai undang-undang dan setiausaha korporat di Coinbase, Paul Grewal di LinkedIn berkaitan penyebutan sebenar DOGE.

“Sebutan sebenarnya ialah pon-zi.” Komen Kashkari, menerima 19 balas dengan 204 reaksi.

Bagaimanapun, sebutan sebenarnya ialah: “Do-j”.

Kashkari boleh dikatakan antara individu yang tidak gemarkan matawang kripto. Pada Februari 2020, individu tersebut memberitahu aset digital; Bitcoin (BTC) tidak sesuai dianggap sebagai matawang stabil. Malah, Kashkari turut memuji tindakan Securities and Exchange Commission (SEC) bertegas dengan penawaran syiling permulaan (ICO).

Berbeza pula bagi CEO pertukaran FTX, Sam Bankman-Fried menganggap Dogecoin sebagai ‘asset of the year’ bagi 2020 dan 2021.

Jelasnya dalam satu temubual terbaru dalam rancangan The Jax Jones dan MArtin Warner Show: “Apa yang telah diputuskan oleh masyarakat sejak tahun lalu telah mendekatkan kita dengan standard kewangan Dogecoin..Tapi, apakah yang membuatkan aset milik anda lebih baik daripada Dogecoin? Tiada. Saya tahu ia sekadar meme tetapi itulah persoalannya.”

Dogecoin bernasib baik kerana adanya Musk dan ini bukanlah satu perkara yang mengejutkan. Rata-rata pelabur DOGE juga mengetahui tentang itu dan bersedia situasi baik buruk yang juga berpunca daripada Musk.

Ketika penulisan, DOGE didagangkan pada $0.26, susut lebih 3% dalam 24 jam. Aset ini mencatatkan paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $0.73 pada Mei, membawa penyusutan lebih 63% kepada nilai terkini.

免責聲明

本文觀點僅代表作者個人觀點,不構成本平台的投資建議,本平台不對文章信息準確性、完整性和及時性作出任何保證,亦不對因使用或信賴文章信息引發的任何損失承擔責任
上一篇

【天眼合约日报】BTC延续震荡 调整或需更长时间

下一篇

CBDC|不丹合作「瑞波CBDC解決方案」試驗央行數位貨幣 | 動區動趨-最具影響力的區塊鏈媒體 (比特幣, 加密貨幣)

本國監管10-15年 8.85