Dogecoin Skim Ponzi atau 'asset of the year' ?

Lời nói đầu:Walaupun Dogecoin (DOGE) mendapat perhatian yang luar biasa gara-gara hype oleh pengasas Tesla, Elon Musk, presiden Federal Reserve Bank of Minneaopolis, Neel Kashkari berpendapat sebaliknya, melabel matawang kripto itu sebagai ‘ponzi’.

Kenyataannya itu dilontarkan dalam satu poll yang dijalankan oleh ketua pegawai undang-undang dan setiausaha korporat di Coinbase, Paul Grewal di LinkedIn berkaitan penyebutan sebenar DOGE.

“Sebutan sebenarnya ialah pon-zi.” Komen Kashkari, menerima 19 balas dengan 204 reaksi.

Bagaimanapun, sebutan sebenarnya ialah: “Do-j”.

Kashkari boleh dikatakan antara individu yang tidak gemarkan matawang kripto. Pada Februari 2020, individu tersebut memberitahu aset digital; Bitcoin (BTC) tidak sesuai dianggap sebagai matawang stabil. Malah, Kashkari turut memuji tindakan Securities and Exchange Commission (SEC) bertegas dengan penawaran syiling permulaan (ICO).

Berbeza pula bagi CEO pertukaran FTX, Sam Bankman-Fried menganggap Dogecoin sebagai ‘asset of the year’ bagi 2020 dan 2021.

Jelasnya dalam satu temubual terbaru dalam rancangan The Jax Jones dan MArtin Warner Show: “Apa yang telah diputuskan oleh masyarakat sejak tahun lalu telah mendekatkan kita dengan standard kewangan Dogecoin..Tapi, apakah yang membuatkan aset milik anda lebih baik daripada Dogecoin? Tiada. Saya tahu ia sekadar meme tetapi itulah persoalannya.”

Dogecoin bernasib baik kerana adanya Musk dan ini bukanlah satu perkara yang mengejutkan. Rata-rata pelabur DOGE juga mengetahui tentang itu dan bersedia situasi baik buruk yang juga berpunca daripada Musk.

Ketika penulisan, DOGE didagangkan pada $0.26, susut lebih 3% dalam 24 jam. Aset ini mencatatkan paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $0.73 pada Mei, membawa penyusutan lebih 63% kepada nilai terkini.

Miễn trừ trách nhiệm

Các ý kiến ​​trong bài viết này chỉ thể hiện quan điểm cá nhân của tác giả và không phải lời khuyên đầu tư. Thông tin trong bài viết mang tính tham khảo và không đảm bảo tính chính xác tuyệt đối. Nền tảng không chịu trách nhiệm cho bất kỳ quyết định đầu tư nào được đưa ra dựa trên nội dung này.
Bài viết trước

Kinh nghiệm chọn sàn giao dịch tiền điện tử uy tín cho nhà đầu tư

Bài tiếp theo

Đào Bitcoin là gì? Máy cày Bitcoin là gì?

Giám sát cai quản trong nước10-15 năm 8.85