NFT Meme Doge Ini Bernilai Lebih RM1.6 Bilion

摘要:Meme asal Doge kini menjadi salah satu non-fungible token (NFT) termahal setakat ini selepas pemiliknya ‘pecahkan’ kepada 16,969,696,969 kepingan token di platform Fractional.art.

Fractional.art adalah sebuah platform khusus jual beli NFT yang telah dipecahkan atau lebih tepat disebut sebagai fractionalized.

Pecahan NFT tersebut kini dilelongkan sebagai token DOG di protokol terbaru SushiSwap, MISO dan Fractional.art bermula semalam waktu tempatan.

Ini bermakna, semua orang mampu memiliki NFT tersebut melalui pemilikan token DOG. Ketika penulisan, satu unit DOG didagangkan pada $0.024.

Pemiliknya, PleasrDao masih kekal sebagai pemilik asal memandangkan mereka memiliki sebahagian besar pemilikan NFT tersebut.

Lelongan yang diadakan melibatkan cuma 20% bekalan, iaitu 3.4 bilion DOG daripada jumlah keseluruhannya, 16.9 bilion.

Manakala, lebihan 25% token DOG diperuntukkan kepada program komuniti DOG dan perkembangan pada masa akan datang.

Berdasarkan nilai semasa DOG, NFT tersebut sudah mencecah nilai setinggi $407.3 juta (RM1.6 bilion). Sebelum ini pada Jun 2021, ia terjual dengan harga $4 juta sahaja.

Sebagai rekod, pemilik asal gambar tersebut dikenali sebagai Atsuko Sato dan anjingnya itu dinamakan dengan Kabosu, baka daripada Shiba Inu.

Pada bulan lepas, sebuah lagi NFT Kabosu bertajuk ‘Feisty Doge NFT’ menyaksikan lonjakan nilainya sehingga $110 juta selepas ‘dipecahkan’, menjadi antara karya NFT termahal dunia.

免責聲明

本文觀點僅代表作者個人觀點,不構成本平台的投資建議,本平台不對文章信息準確性、完整性和及時性作出任何保證,亦不對因使用或信賴文章信息引發的任何損失承擔責任
上一篇

【天眼合约日报】BTC延续震荡 调整或需更长时间

下一篇

CBDC|不丹合作「瑞波CBDC解決方案」試驗央行數位貨幣 | 動區動趨-最具影響力的區塊鏈媒體 (比特幣, 加密貨幣)