NFT Meme Doge Ini Bernilai Lebih RM1.6 Bilion

요약:Meme asal Doge kini menjadi salah satu non-fungible token (NFT) termahal setakat ini selepas pemiliknya ‘pecahkan’ kepada 16,969,696,969 kepingan token di platform Fractional.art.

Fractional.art adalah sebuah platform khusus jual beli NFT yang telah dipecahkan atau lebih tepat disebut sebagai fractionalized.

Pecahan NFT tersebut kini dilelongkan sebagai token DOG di protokol terbaru SushiSwap, MISO dan Fractional.art bermula semalam waktu tempatan.

Ini bermakna, semua orang mampu memiliki NFT tersebut melalui pemilikan token DOG. Ketika penulisan, satu unit DOG didagangkan pada $0.024.

Pemiliknya, PleasrDao masih kekal sebagai pemilik asal memandangkan mereka memiliki sebahagian besar pemilikan NFT tersebut.

Lelongan yang diadakan melibatkan cuma 20% bekalan, iaitu 3.4 bilion DOG daripada jumlah keseluruhannya, 16.9 bilion.

Manakala, lebihan 25% token DOG diperuntukkan kepada program komuniti DOG dan perkembangan pada masa akan datang.

Berdasarkan nilai semasa DOG, NFT tersebut sudah mencecah nilai setinggi $407.3 juta (RM1.6 bilion). Sebelum ini pada Jun 2021, ia terjual dengan harga $4 juta sahaja.

Sebagai rekod, pemilik asal gambar tersebut dikenali sebagai Atsuko Sato dan anjingnya itu dinamakan dengan Kabosu, baka daripada Shiba Inu.

Pada bulan lepas, sebuah lagi NFT Kabosu bertajuk ‘Feisty Doge NFT’ menyaksikan lonjakan nilainya sehingga $110 juta selepas ‘dipecahkan’, menjadi antara karya NFT termahal dunia.

면책 성명

본 기사의 견해는 저자의 개인적 견해일 뿐이며 본 플랫폼은 투자 권고를 하지 않습니다. 본 플랫폼은 기사 내 정보의 정확성, 완전성, 적시성을 보장하지 않으며, 개인의 기사 내 정보에 의한 손실에 대해 책임을 지지 않습니다.
전편

싱가포르, 가상자산거래소 첫 허가

다음

프리톤 블록체인 "초당 5만 5000건 처리…신기록 경신"