HSBC Sekat Pembayaran Kepada Binance

摘要:Bank global, HSBC telah menyekat penggunanya di United Kingdom (UK) daripada membuat pembayaran kad kredit terhadap platform pertukaran kripto, Binance.

Keputusan diambil didorong oleh bank di Scotland, NatWest yang memiliki 12.5 juta pengguna, termasuk bank UK, Barclays dan Spanish Bank Santander yang terlebih dahulu membuat sekatan pembayaran kepada Binance pada bulan lepas.

Menurut jurucakap HSBC, mereka tidak teragak-agak untuk bertindak tegas terutama apabila melibatkan standard anti penggubahan wang haram (AML) dan kenali pelanggan anda (KYC). Mereka juga mengikut rapat perkembangan, permintaan klien, dan perubahan undang-undang di dalam pasaran ini.

Bermula pada Jun lagi Binance bergelut dengan sekatan demi sekatan daripada beberapa buah negara: Afrika Selatan, Jepun, UK, dan yang terbaru, Malaysia.

Setakat ini, Binance masih belum menunjukkan usaha untuk ‘menyejukkan’ keadaan.

Sebelum ini CEO Binance, Changpeng Zhao atau lebih mesra dikenali sebagai CZ mengumumkan perletakan jawatan, jika sudah ada pengganti untuk menggantikan posisi semasanya. Jelasnya, dia mengharapkan syarikat pengurusan matawang kripto itu dapat dinaungi oleh seseorang yang memiliki latar belakang dalam perundangan berkaitan sektor kripto.

CZ juga ada meluahkan hasratnya untuk Binance bekerjasama dengan pihak penyelia:

“Mesejnya sudah jelas yang penyelia mahu mengetatkan undang-undang dalam sektor ini. Dari perspektif kami untuk Binance, satu perubahan besar perlu dilakukan dari sebuah startup teknologi kepada syarikat perkhidmatan kewangan.”

免责声明

本文观点仅代表作者个人观点,不构成本平台的投资建议,本平台不对文章信息准确性、完整性和及时性作出任何保证,亦不对因使用或信赖文章信息引发的任何损失承担责任
上一篇

币圈五张图 | 央行上海总部:持续防范虚拟货币交易和ICO代币发行风险

下一篇

ConsenSys报告:DeFi已吸引291万个以太坊地址

本国监管5-10年 9.27