Permainan ‘Geng Paus’ Microstrategy Tambah Lagi Lebih 5000 BTC!

摘要:Sebentar tadi Ketua Pegawai Eksekutif Microstrategy Michale Saylor mengmumkan bahawa syarikat beliau mengambil keputusan untuk menambahkan lagi pegangan Bitcoin (BTC). Terkini sebanyak 5,050 bitcoin telah berjaya ditambah dan menelan perbelanjaan kira-kira $242.9 juta.

Microstrategy membeli BTC pada harga purata $48,099 setiap Bitcoin. Dalam cicipan Saylor di Twitter beliau, “sehingga 12/9/2021, Microstrategy telah memegang sebanyak 114,042 BTC yang secara purata dibeli pada harga $ 27,713 setiap Bitcoin.”

Dengan pembelian ini, Saylor telah mengotakan janji beliau yang diumumkan semasa laporan pendapatan pada suku kedua untuk membeli lebih banyak bitcoin. Pada suku ketiga 2020, Microstrategy secara rumusnya telah membeli sejumlah 8,957 Bitcoin yang dianggarkan berjumlah $ 419.9 juta. Manakala harga purata bagi setiap Bitcoin ialah $ 46,875.

Sehingga kini, syarikat itu memegang kira-kira 114,042 Bitcoin, yang diperoleh pada harga pembelian agregat sebanyak $ 3.16 bilion dan harga purata bagi setiap Bitcoin sebanyak $ 27,713 setiap Bitcoin, termasuk yuran dan perbelanjaan. Syarikat itu memiliki paling banyak Bitcoin berbanding mana-mana syarikat awam lain di dunia.

Pembelian ini dilakukan selepas penjualan stok saham mereka. Pada suku ketiga, Microstrategy telah menjual 555,179 unit saham yang bernilai kira-kira $ 399.9 juta secara keseluruhan.

免责声明

本文观点仅代表作者个人观点,不构成本平台的投资建议,本平台不对文章信息准确性、完整性和及时性作出任何保证,亦不对因使用或信赖文章信息引发的任何损失承担责任
上一篇

区块链50收评 | 鸿蒙概念接力元宇宙 概念股润和软件大涨20%

下一篇

天眼合约日报 | Chivo钱包用户已超50万 加密货币集体上涨