Permainan ‘Geng Paus’ Microstrategy Tambah Lagi Lebih 5000 BTC!

Lời nói đầu:Sebentar tadi Ketua Pegawai Eksekutif Microstrategy Michale Saylor mengmumkan bahawa syarikat beliau mengambil keputusan untuk menambahkan lagi pegangan Bitcoin (BTC). Terkini sebanyak 5,050 bitcoin telah berjaya ditambah dan menelan perbelanjaan kira-kira $242.9 juta.

Microstrategy membeli BTC pada harga purata $48,099 setiap Bitcoin. Dalam cicipan Saylor di Twitter beliau, “sehingga 12/9/2021, Microstrategy telah memegang sebanyak 114,042 BTC yang secara purata dibeli pada harga $ 27,713 setiap Bitcoin.”

Dengan pembelian ini, Saylor telah mengotakan janji beliau yang diumumkan semasa laporan pendapatan pada suku kedua untuk membeli lebih banyak bitcoin. Pada suku ketiga 2020, Microstrategy secara rumusnya telah membeli sejumlah 8,957 Bitcoin yang dianggarkan berjumlah $ 419.9 juta. Manakala harga purata bagi setiap Bitcoin ialah $ 46,875.

Sehingga kini, syarikat itu memegang kira-kira 114,042 Bitcoin, yang diperoleh pada harga pembelian agregat sebanyak $ 3.16 bilion dan harga purata bagi setiap Bitcoin sebanyak $ 27,713 setiap Bitcoin, termasuk yuran dan perbelanjaan. Syarikat itu memiliki paling banyak Bitcoin berbanding mana-mana syarikat awam lain di dunia.

Pembelian ini dilakukan selepas penjualan stok saham mereka. Pada suku ketiga, Microstrategy telah menjual 555,179 unit saham yang bernilai kira-kira $ 399.9 juta secara keseluruhan.

Miễn trừ trách nhiệm

Các ý kiến ​​trong bài viết này chỉ thể hiện quan điểm cá nhân của tác giả và không phải lời khuyên đầu tư. Thông tin trong bài viết mang tính tham khảo và không đảm bảo tính chính xác tuyệt đối. Nền tảng không chịu trách nhiệm cho bất kỳ quyết định đầu tư nào được đưa ra dựa trên nội dung này.
Bài viết trước

ZERO-KNOWLEDGE PROOFS LÀ GÌ? NHỮNG ĐIỀU CẦN BIẾT VỀ ZKP

Bài tiếp theo

CÁC NGUYÊN TẮC ĐỂ LỰA CHỌN MỘT ĐỒNG COIN TIỀM NĂNG