Whales Tambah Lebih 500 BTC Di Tengah Kejatuhan Harga!

摘要:Geng ikan paus yang ‘misteri’ baru-baru ini dengan kerap menambah pegangan BTC di Coinbase. Berdasarkan data dalam rangkaian menunjukkan bahawa mereka telah mengumpulkan lebih daripada pada hari Khamis dan Jumaat.

Komuniti kripto telah mula cakna dengan reaksi geng ikan paus yang berakhir dengan alamat BTC WKDfhQ. Data menunjukkan kelompok ini telah menjual kebanyakkan pegangan BTC mereka semasa paras harga $60,000 pada bulan April.

Beberapa bulan selepas BTC mencapai ATH, dimana harga BTC melakukan pembetulan harga yang ketara sehingga di bawah $40,000, kelompok ini telah memborong dengan banyak BTC. Seperti yang telah dimaklumi bahawa komentar dari Elon Musk dan langkah dari China telah memberi impak pada harga BTC dan aset kripto lain. BTC telah kehilangan 50% dari keuntungan ATH.

Pada akhir bulan Julai,kelompok tersebut mula memindahkan sejumlah besar pegangan BTC ke Coinbase. Hal yang sama juga berlaku dalam beberapa kesempatan pada bulan Ogos.

Menurut penganalisis dari CryptoQuant, kelompok ini telah membeli 466 bitcoin pada harga $47,400 pada 27 Ogos. Ini berlaku setelah pembelian 38 BTC yang lebih sederhana pada 26 Ogos. Secara keseluruhan, 504 BTC telah diborong yang berjumlah $24 juta.

Seperti yang dimaklumi oleh VentureFounder, alamat kelompok ikan paus ini telah memanfaatkan peningkatan dan penurunan harga untuk menjual atau membeli kripto. Dengan ini, para pelabur boleh memantau prestasi harga BTC pada minggu-minggu berikutnya sejak kelompok ini mula menambahkan lagi pegangan BTC.

Pada hari ini, harga BTC telah menunjukkan sedikit kenaikan dengan berada di atas paras $47,000. Dalam masa yang sama, pasaran terus mengambil sikap berhati-hati terutama pada hujung minggu dan bulan.

免责声明

本文观点仅代表作者个人观点,不构成本平台的投资建议,本平台不对文章信息准确性、完整性和及时性作出任何保证,亦不对因使用或信赖文章信息引发的任何损失承担责任
上一篇

天眼今日分析丨SOL逆市大涨突破100美元大关

下一篇

比特币上行空间似乎限制在50000- 55000美元 上涨势头放缓阻力较强