Whales Tambah Lebih 500 BTC Di Tengah Kejatuhan Harga!

요약:Geng ikan paus yang ‘misteri’ baru-baru ini dengan kerap menambah pegangan BTC di Coinbase. Berdasarkan data dalam rangkaian menunjukkan bahawa mereka telah mengumpulkan lebih daripada pada hari Khamis dan Jumaat.

Komuniti kripto telah mula cakna dengan reaksi geng ikan paus yang berakhir dengan alamat BTC WKDfhQ. Data menunjukkan kelompok ini telah menjual kebanyakkan pegangan BTC mereka semasa paras harga $60,000 pada bulan April.

Beberapa bulan selepas BTC mencapai ATH, dimana harga BTC melakukan pembetulan harga yang ketara sehingga di bawah $40,000, kelompok ini telah memborong dengan banyak BTC. Seperti yang telah dimaklumi bahawa komentar dari Elon Musk dan langkah dari China telah memberi impak pada harga BTC dan aset kripto lain. BTC telah kehilangan 50% dari keuntungan ATH.

Pada akhir bulan Julai,kelompok tersebut mula memindahkan sejumlah besar pegangan BTC ke Coinbase. Hal yang sama juga berlaku dalam beberapa kesempatan pada bulan Ogos.

Menurut penganalisis dari CryptoQuant, kelompok ini telah membeli 466 bitcoin pada harga $47,400 pada 27 Ogos. Ini berlaku setelah pembelian 38 BTC yang lebih sederhana pada 26 Ogos. Secara keseluruhan, 504 BTC telah diborong yang berjumlah $24 juta.

Seperti yang dimaklumi oleh VentureFounder, alamat kelompok ikan paus ini telah memanfaatkan peningkatan dan penurunan harga untuk menjual atau membeli kripto. Dengan ini, para pelabur boleh memantau prestasi harga BTC pada minggu-minggu berikutnya sejak kelompok ini mula menambahkan lagi pegangan BTC.

Pada hari ini, harga BTC telah menunjukkan sedikit kenaikan dengan berada di atas paras $47,000. Dalam masa yang sama, pasaran terus mengambil sikap berhati-hati terutama pada hujung minggu dan bulan.

면책 성명

본 기사의 견해는 저자의 개인적 견해일 뿐이며 본 플랫폼은 투자 권고를 하지 않습니다. 본 플랫폼은 기사 내 정보의 정확성, 완전성, 적시성을 보장하지 않으며, 개인의 기사 내 정보에 의한 손실에 대해 책임을 지지 않습니다.
전편

싱가포르, 가상자산거래소 첫 허가

다음

프리톤 블록체인 "초당 5만 5000건 처리…신기록 경신"