Senyap-Senyap Harmony (ONE) Meroket Lebih 100%

摘要:Harmony (ONE) mencatatkan pergerakan harga yang luar biasa selepas mengumumkan projek terbaru, melibatkan dana ekosistem bernilai lebih $300 juta.

Dilaporkan projek tersebut adalah bertujuan untuk menarik 10,000 pembangun dan pengasas projek, termasuk 10 juta pengguna untuk bertapak di rangkaian Harmony dengan anggaran dana $380 juta.

Susulan daripada itu, ONE menyaksikan lonjakan 120% daripada paras terendah $0.095 pada 31 Ogos kepada paras tertinggi harian, $0.21 pada 9 September. Pada masa yang sama jumlah dagangan ONE turut meningkat kepada $717 juta dalam 24 jam.

Harmony mengklasifikasikan beberapa projek, melibatkan:

  • DAOs

  • Ganjaran untuk tangani pepijat dan menambahbaik keperluan

  • Jalinan kerjasama sekurang-kurangnya 10 projek

  • Pelancaran

  • Pelaburan

  • Hackathons,dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, kerjasama antara Harmony dengan Anyswap melalui pengumuman pada 8 September turut mendorong pergerakan harga ONE yang positif.

Kerjasama tersebut melahirkan ‘jambatan’ antara rangkaian Bitcoin dan Harmony. Selain Bitcoin, Harmony juga telah menjalinkan kerjasama dengan Ethereum, Binance Smart Chain, Terra, dan Chainlink.

Malah lambakan projek DeFi semakin galak berkembang di Harmony, misalnya SushiSwap yang rasmi berjalan di rangkaian itu pada April.

免责声明

本文观点仅代表作者个人观点,不构成本平台的投资建议,本平台不对文章信息准确性、完整性和及时性作出任何保证,亦不对因使用或信赖文章信息引发的任何损失承担责任
上一篇

灰度动态丨灰度上周增持LINK、MANA两大币种

下一篇

DeFi之道丨3分钟对比Celer与Hop Protocol的快速跨链转账原理