Senyap-Senyap Harmony (ONE) Meroket Lebih 100%

概要:Harmony (ONE) mencatatkan pergerakan harga yang luar biasa selepas mengumumkan projek terbaru, melibatkan dana ekosistem bernilai lebih $300 juta.

Dilaporkan projek tersebut adalah bertujuan untuk menarik 10,000 pembangun dan pengasas projek, termasuk 10 juta pengguna untuk bertapak di rangkaian Harmony dengan anggaran dana $380 juta.

Susulan daripada itu, ONE menyaksikan lonjakan 120% daripada paras terendah $0.095 pada 31 Ogos kepada paras tertinggi harian, $0.21 pada 9 September. Pada masa yang sama jumlah dagangan ONE turut meningkat kepada $717 juta dalam 24 jam.

Harmony mengklasifikasikan beberapa projek, melibatkan:

  • DAOs

  • Ganjaran untuk tangani pepijat dan menambahbaik keperluan

  • Jalinan kerjasama sekurang-kurangnya 10 projek

  • Pelancaran

  • Pelaburan

  • Hackathons,dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, kerjasama antara Harmony dengan Anyswap melalui pengumuman pada 8 September turut mendorong pergerakan harga ONE yang positif.

Kerjasama tersebut melahirkan ‘jambatan’ antara rangkaian Bitcoin dan Harmony. Selain Bitcoin, Harmony juga telah menjalinkan kerjasama dengan Ethereum, Binance Smart Chain, Terra, dan Chainlink.

Malah lambakan projek DeFi semakin galak berkembang di Harmony, misalnya SushiSwap yang rasmi berjalan di rangkaian itu pada April.

免責事項

このコンテンツの見解は筆者個人的な見解を示すものに過ぎず、当社の投資アドバイスではありません。当サイトは、記事情報の正確性、完全性、適時性を保証するものではなく、情報の使用または関連コンテンツにより生じた、いかなる損失に対しても責任は負いません。
前へ

NFTとガス戦争

次へ

オラクル問題を解決するChainlinkとは