CryptoPunks Menggila Lagi, Jumlah Dagangan Meningkat Lebih 1,200%!

摘要:Fenomena CryptoPunks meletus lagi apabila menyaksikan lonjakan tinggi lebih 1,200% dalam rekod jumlah dagangan.

CryptoPunks merupakan koleksi non-fungible token (NFT) dalam format piksel 8-bit 2D yang meraih populariti pada awal 2021.

Menurut DappRadar, rekod dagangan CryptoPunks mencecah $120 juta dengan lonjakan 1,270% dalam tempoh lebih seminggu sahaja.

Menariknya tentang koleksi CryptoPunk, salah satu projek NFT pertama di Ethereum (ETH) adalah ia diinspirasikan oleh gerakan punk London pada 1970. Setiap satu CryptoPunk sangat unik, memiliki ciri berbeza di antara satu sama lain.

Setakat ini, jumlah keseluruhan jualan CryptoPunks yang direkod oleh pencipta CryptoPunk, Larva Labs bernilai 264,740 ETH (sekitar $684.93 juta).

Kegilaan terhadap CryptoPunks bermula pada Jumaat apabila didapati ada whale yang cuba untuk membeli seni digital itu dan telah membelanjakan sekitar 24 ETH sehingga 29 ETH untuk mendapatkan satu karakter. Larva Labs mendedahkan whale tersebut kini memiliki 104 karakter CryptoPunks.

Pada hari yang sama juga karakter CryptoPunk#5217 dijual pada 2,250 ETH (sekitar $5.45 juta) dan CryptoPunk#2140 terjual pada 1,600 ETH (sekitar $3.76 juta). Kedua-duanya merekodkan jualan ketiga dan keempat terbesar dalam sejarah CryptoPunks

Sementara itu, rekod dagangan keseluruhan pasaran NFT mencecah $1.5 bilion, meningkat 2,627% tahun ke tahun bagi suku pertama. Walaupun momentum sektor NFT sedikit mendatar menjelang Mei, tidak dinafikan pasaran ini berjaya menyaksikan jumlah transaksi mencapai nilai $2.5 bilion bagi separuh pertama 2021.

免责声明

本文观点仅代表作者个人观点,不构成本平台的投资建议,本平台不对文章信息准确性、完整性和及时性作出任何保证,亦不对因使用或信赖文章信息引发的任何损失承担责任
上一篇

科普 | DeFi中的关键:智能合约是什么

下一篇

DeFi中的关键:智能合约是什么