Ziliqa Lancarkan Projek Blockchain Terbaharu

Extrait:Platform blockchain Singapura, Ziliqa telah mengumumkan kumpulan projek, sebuah program berdurasi enam bulan, ZILHive Accelerator bagi 2021-2022.

Program tersebut memfokuskan kepada mewujudkan projek berkemampuan blockchain daripada konsep kepada pengkomersialan.

Seperti yang Timbalan Presiden Pertumbuhan Ekosistem Ziliqa, Han Wen Chua dedahkan, “Kemajuan startups telah mengundang idea kepada kes penggunaan dunia sebenar terhadap blockchain. Ia merupakan pengesahan usaha kami mengembangkan peranan Singapura dalam ekosistem fintech global.”

Dilaporkan sebanyak 6 daripada 8 startups yang diterima program ini bagi 2021 telah mara daripada program Inkubator yang bermula pada Mac.

Inkubator ZILHive yang berlangsung selama 14 minggu menggabungkan peserta teknikal dan bukan teknikal ke dalam beberapa kumpulan yang memfokuskan kepada rekaan dan pembinaan penyelesaian unik terhadap protokol blockchain Ziliqa.

Startups tersebut termasuklah:

  • Access: Startup yang memfokuskan kepada menangani isu penipuan dan ticket scalpingdengan melancarkan tiket sebagai non-fungible token (NFT)

  • Cerchia: Startup pengeluar peralatan berasaskan blockchain yang membantu pelabur, pengeluar bon, dan syarikat insurans meramal dan menanggung risiko.

  • Green Beanz: Projek yang membantu syarikat dan NGO menaiktaraf ketelusan dan ketetapan tanggungjawab sosial korporat, dan matlamat pembangunan lestari.

  • HeyAlfie: Dashboard pintar yang tersedia untuk pengguna mengurus, melabur dan meminjam aset digital melalui single interface dengan menghubungkan berbagai jenis wallet.

  • Invopay: Platform yang direka untuk membantu perniagaan sederhana kecil (SME) untuk pengurusan aliran tunai yang lebih baik dengan jaminan pinjaman faedah rendah di blockchain.

  • MustPoll: Sebuah protokol yang mana simpanan deposit terjamin selamat dan ganjaran diterima daripada pendapatan faedah melalui manfaat dApps staking dan pinjaman di Ziliqa.

  • Tyron SSI Protocol: Protokol yang membolehkan pengguna menguruskan pengaksesan data mereka dengan selamat melalui bukti yang disahkan tanpa bergantung kepada perantara atau pangkalan data berpusat.

  • Ultimate Fanchise Fantasy Sports: Platform sukan yang menawarkan pemilikan aset digital kepada peminat sukan melalui penggunaan NFT bagi mewakili atlet dalam pelbagai jenis sukan.

  • Mereka yang terlibat memiliki kebolehan dan kepakaran yang berbeza, merangkumi pelbagai latar belakang bermula daripada golongan pelajar universiti sehingga profesional. Apa yang pasti, pembabitan pelbagai idea daripada pelbagai pengalaman berpotensi melonjakkan potensi ekosistem Ziliqa pada masa akan datang.

Avertissement

Les opinions exprimées dans cet article représentent le point de vue personnel de l'auteur et ne constituent pas des conseils d'investissement de la plateforme. La plateforme ne garantit pas l'exactitude, l'exhaustivité ou l'actualité des informations contenues dans cet article et n'est pas responsable de toute perte résultant de l'utilisation ou de la confiance dans les informations contenues dans cet article.
Article précédent

La panique gagne les investisseurs cryptos sud-coréens

Article suivant

Le gaming sur la blockchain pourrait être le catalyseur dune adoption de masse