WWE Umumkan Token NFT John Cena!

摘要:Pada hari ini WWE telah mengumumkan bahawa mereka akan menawarkan non-fungible token (NFT) yang menginspirasikan WWE Superstar John Cena dan beberapa barangan lain sempena acara SummerSlam.

Lelongan NFT ini akan dijalankan pada dua peringkat iaitu peringkat platinium dan peringkat emas. WWE telah bekerjasama dengan Bitski untuk pelancaran NFT yang akan datang. Walau bagaimanapun, koleksi token akan tersedia di kedua platform, Bitski dan WWE.com/NFT.

Lelong peringkat platinum akan disiarkan hanya selama 24 jam. Lelong akan berlangsung pada awal SmackDown pada hari Jumaat ini, 20 Ogos jam 8 malam ET sehingga 21 Ogos jam 8 malam ET.

Lelong peringkat platinum akan merangkumi NFT eksklusif. Pemenang lelongan platinium akan menerima token NFT John Cena, tiket untuk dua orang, ke WrestleMania 38 pada tahun 2022 di AT&T Stadium di Dallas atau WrestleMania 39 pada tahun 2023 di SoFi Stadium di Los Angeles.

Ini termasuk dua tiket barisan hadapan, akses VIP yang belum pernah ditawarkan sebelum ini, dan penginapan hotel. Pemenang lelong juga akan menerima tali pinggang WWE Championship dengan nama pemenang yang terukir.

Lelong peringkat emas akan dilancarkan setelah penjualan platinum ditutup. Ia akan berlangsung sekitar SummerSlam pada hari Sabtu, 21 Ogos ini. Koleksi peringkat emas akan menggabungkan 500 NFT edisi terhad, disertai dengan kotak barang edisi terhad yang diuruskan oleh John Cena sendiri.

Tahun 2021 telah menjadikan NFT menjadi fenomena dalam artis, penyanyi,pekarya dan penggiat seni dengan melancarkan dan melelong digital edisi terhad untuk peminat.

免責聲明

本文觀點僅代表作者個人觀點,不構成本平台的投資建議,本平台不對文章信息準確性、完整性和及時性作出任何保證,亦不對因使用或信賴文章信息引發的任何損失承擔責任
上一篇

【天眼合约日报】BTC延续震荡 调整或需更长时间

下一篇

CBDC|不丹合作「瑞波CBDC解決方案」試驗央行數位貨幣 | 動區動趨-最具影響力的區塊鏈媒體 (比特幣, 加密貨幣)