‘XRP Adalah Sekuriti’

摘要:Penelitian kes saman Securities and Exchange Commission (SEC) terhadap Ripple Labs masih berlangsung.

Bekas pengarah kewangan korporat SEC, William Hinman dalam keterangan terbaru mendedahkan XRP merupakan sekuriti yang tidak berdaftar.

Sebagai rekod, Hinman pernah mengisytiharkan Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) sebagai bukan sekuriti.

Susulan daripada itu, Hinman juga menjelaskan pernah memberi amaran kepada Ripple untuk menghentikan serta-merta penjualan koin tersebut:

“Yang paling saya ingat ialah ketika XRP dan seseorang yang memiliki jawatan ini sebelum saya, termasuk pegawai penguatkuasa berminat untuk menyusun semula supaya ia mengikut undang-undang. Dan perkara pertama saya katakan ketika itu ialah; anda berterusan menawarkan XRP tanpa sekatan yang bermakna sebagai sebuah penawaran sekuriti. Jika anda ingin mematuhi undang-undang, anda perlu berhenti dan mereka akan faham.”

Keterangan daripada Hinman memberi tamparan kepada Ripple, lagi-lagi firma itu sendiri yang menuntut kebenaran daripada pihak mahkamah untuk membawa individu tersebut memberi penjelasan.

Pada masa yang sama, SEC telah mengusulkan hakim Sarah Netburn untuk meluluskan perlindungan terhadap log khas mereka dengan alasan ia mengandungi maklumat terperinci seperti isu dan waktu yang berkaitan komunikasi antara beberapa pegawai SEC.

Apa yang dibimbangkan SEC ialah jika ada pihak mahu mengeksploitasinya dengan tujuan yang salah.

Agensi penyelia itu turut meminta keterangan Hinman diredaksi atau diteliti secara menyeluruh memandangkan terdapat aspek yang perlu dititikberatkan iaitu informasi dan identiti pihak ketiga iaitu bekas dan klien semasa Hinman, termasuk pihak ketiga yang terlibat dalam perbincangan perniagaan mereka dengan SEC kerana kesemuanya ada kaitan dengan undang-undang sekuriti persekutuan.

免責聲明

本文觀點僅代表作者個人觀點,不構成本平台的投資建議,本平台不對文章信息準確性、完整性和及時性作出任何保證,亦不對因使用或信賴文章信息引發的任何損失承擔責任
上一篇

【天眼合约日报】BTC延续震荡 调整或需更长时间

下一篇

CBDC|不丹合作「瑞波CBDC解決方案」試驗央行數位貨幣 | 動區動趨-最具影響力的區塊鏈媒體 (比特幣, 加密貨幣)