‘Crypto Heist’ Di Poly, RM2.5 Bilion Lesap Sekelip Mata!

摘要:Beberapa minggu sebelum tayangan bahagian akhir siri popular Netflix, ‘Money Heist’, komuniti kripto telah digemparkan satu insiden yang digambarkan sebagai ‘Crypto Heist’.

Poly Network menjadi tumpuan media massa apabila dilaporkan telah menjadi mangsa penggodaman, menyebabkan kehilangan dana bernilai RM2.5 bilion ($600 juta) dalam sekelip mata.

Poly Network merupakan sebuah protokol yang beroperasi di blockchain Binance Smart Chain (BSC), Ethereum (ETH), dan Polygon (MATIC).

Beberapa dana daripada ketiga-tiga blockchain tersebut telah dipindahkan ke alamat wallet milik penggodam:

  • 2,858 ETH ($266.5 juta) dipindahkan ke alamat Ethereum

  • 6,610 token BNB bernilai lebih $252 juta dipindahkan ke wallet BSC

  • Sejumlah token MATIC bernilai $85 juta dipindahkan ke alamat Polygon

  • Turut melibatkan beberapa jumlah besar token WBTC, WETH, RenBTC, DAI, UNI, SHIB, dan FEI

Berdasarkan nilai semasa keseluruhan aset yang berjaya dirampas mencecah nilai lebih RM2.5 bilion ketika artikel ini ditulis.

Tether (USDT) turut menjadi sasaran dalam serangan tersebut. Sejumlah USDT bernilai $33 juta berjaya dicuri, namun pihak Tether bertindak pantas dengan membeku aset tersebut menyebabkan penggodam gagal menggunakan dana tersebut.

Pada masa yang sama, beberapa bursa besar kripto telah menawarkan bantuan dan sokongan: Binance, Huobi, dan OKEx.

Serangan godam terhadap Poly Network menjadikan insiden ini sebagai kes penggodaman terbesar dalam sejarah kripto. Malah, ini bukanlah kali pertama sektor DeFi menjadi sasaran penggodam.

Bermula dengan serangan terhadap Yearn Finance pada 4 Februari (melibatkan $11 juta), disusuli dengan BT Finance ($1.5 juta pada 9 Feb), Alpha Homora ($37.5 juta pada 13 Feb), FURUCOMBO ($14 juta pada 27 Feb), Meerkat Finance ($30 juta pada 4 Mac), Paid Network ($37 juta pada 5 Mac), dan DODO ($3.8 juta pada 8 Mac).

免責聲明

本文觀點僅代表作者個人觀點,不構成本平台的投資建議,本平台不對文章信息準確性、完整性和及時性作出任何保證,亦不對因使用或信賴文章信息引發的任何損失承擔責任
上一篇

【天眼合约日报】BTC延续震荡 调整或需更长时间

下一篇

CBDC|不丹合作「瑞波CBDC解決方案」試驗央行數位貨幣 | 動區動趨-最具影響力的區塊鏈媒體 (比特幣, 加密貨幣)

本國監管5-10年 9.27