Samsung Sertai Bank Pusat Korea Selatan, Uji CBDC Secara Offline Di Telefon Pintar Galaxy!

摘要:Samsung Electronics akan menyertai dalam pengujian matawang digital bank pusat (CBDC) tanpa kebergantungan terhadap internet.

Ini bermakna CBDC yang dibangunkan oleh Bank of Korea sudah bersedia untuk diuji secara online mahupun offline.

Kedua-dua pihak tersebut mahu mengkaji potensi CBDC dalam usaha mewujudkan sistem pembayaran yang lebih efisien dan maju, sekaligus menambahbaik inklusi kewangan dengan memantau pengujian dalam dunia maya.

Pada masa yang sama, Samsung merancang untuk menguji kebolehgunaan sistem pembayaran berasaskan blockchain menggunakan telefon pintarnya, Galaxy.

Tiga aspek menjadi fokus Samsung: pembayaran menggunakan CBDC melalui telefon mudah alih, pemindahan CBDC ke telefon mudah alih yang lain, dan pemindahan CBDC ke akaun bank yang telah dihubungkan.

Ketiga-tiga aktiviti tersebut akan dipantau secara dekat oleh firma teknologi gergasi itu dan akan dipastikan boleh dilaksanakan tanpa kehadiran internet

Sebagai rekod, bank pusat Korea telah menjalankan pengujian CBDC fasa pertama pada 28 Julai. Ia dijangka akan terus berlangsung sehingga Disember bagi mengenalpasti teknologi tambahan yang diperlukan.

Fasa kedua dan terakhir pula dijangka berlaku pada Januari 2022 sehingga Jun sebelum diuji pula dalam meluaskan lagi perkhidmatan bank pusat, pembayaran tanpa talian, pembelian aset digital, dan banyak lagi.

免責聲明

本文觀點僅代表作者個人觀點,不構成本平台的投資建議,本平台不對文章信息準確性、完整性和及時性作出任何保證,亦不對因使用或信賴文章信息引發的任何損失承擔責任
上一篇

【天眼合约日报】BTC延续震荡 调整或需更长时间

下一篇

CBDC|不丹合作「瑞波CBDC解決方案」試驗央行數位貨幣 | 動區動趨-最具影響力的區塊鏈媒體 (比特幣, 加密貨幣)