Kerajaan India Tegas Ingin Hapuskan Penggunaan Kripto?

摘要:Pihak kerajaan India pada hari melaporkan akan mengambil tindakan tegas terhadap kripto yang mensasarkan penghapusan penggunaan aset kripto sebagai sebahagian daripada sistem kewangan negara. Walaubagaimanapun kripto yang diisukan oleh kerajaan tidak akan termaktub dalam tindakan ini.

Berdasarkan laporan baru-baru ini, kerajaan India berencana untuk menghentikan penggunaan aset kripto kerana khuatir aset kripto menjadi alat kepada penjenayah untuk membiayai operasi jenayah mereka. Dalam masa yang sama, pihak berkuasa juga percaya aset kripto seharusnya tidak menjadi sebahagian daripada ekonomi negara.

Pankaj Chaudhary, Menteri Kewangan mengulas, “ Kerajaan tidak menganggap aset kripto sebagai ‘legal tender’ dan akan mengambil langkah susulan untuk menghapuskan penggunaan aset kripto ini dalam membiayai kegiatan tidak sah atau sebagai sebahagian daripada sistem pembayaran.”

Legal tender disini bermaksud medium pembayaran yang diakui oleh undang-undang sebuah negara. Jawatankuasa Antara Menteri (IMC) yang dibentuk di bawah Ketua Setiausaha, bagaimanapun, mengesyorkan agar pihak kerajaan hanya melarang kripto yang bersifat ‘privasi’. Dalam masa yang sama, kerajaan tidak boleh melarang aset kripto CBDC dikeluarkan oleh Bank Pusat India.

Chaudhary menyatakan bahawa pihak berkuasa tertinggi negara Asia akan mempertimbangkan cadangan IMC dan mengumumkan keputusan mereka di Parlimen. Negara India yang memliki penduduk kedua teradat di dunia ini mula kembali menunjukkan tidakan yang tegas terhadap aset kripto. Pada Mac lepas, kerajaan India sedang mempertimbangkan akta jenayah bagi mereka yang memegang, melombong dan memperdagangkan kripto.

Walaubagaimanapun dua bulan kemudian, usulan tersebut dipertimbangkan kembali. Dalam masa yang sama mencadangkan cara baru untuk menguruskan kripto sebagai aset digital dan bukannya matawang .

Waima, pihak pentadbiran masih belum memiliki pendirian yang jelas mengenai aset kripto, sebilangan besar penduduk India menunjukkan minat yang ketara terhadap kripto. Bilangan pelabur pasaran kripto India telah meningkat 200 kali ganda lebih banyak berbanding tahun 2020.

免責聲明

本文觀點僅代表作者個人觀點,不構成本平台的投資建議,本平台不對文章信息準確性、完整性和及時性作出任何保證,亦不對因使用或信賴文章信息引發的任何損失承擔責任
上一篇

【天眼合约日报】BTC延续震荡 调整或需更长时间

下一篇

CBDC|不丹合作「瑞波CBDC解決方案」試驗央行數位貨幣 | 動區動趨-最具影響力的區塊鏈媒體 (比特幣, 加密貨幣)