Harga BTC Tiba-Tiba Jatuh Merundum

摘要:Harga bitcoin telah jatuh merundum pada malam hari ini setelah menembusi $ 52,000 pada akhir Isnin, iaitu mencapai tahap tertinggi sejak Mei.

Kejatuhan harga ini berlaku pada hari El Salvador ditetapkan untuk menerapkan Bitcoin sebagai legal tender. Dengan ini El Salvador menjadi negara pertama yang mengorak langkah berani seperti ini. Bitcoin sebentar tadi telah jatuh 16% dan didagangkan pada paras harga $ 43,228.11.

Leah Wald, CEO Valkryie Investments berpendapat sebahagian para pelabur memberi reaksi terhadap berita tersebut.Wald berpendapat bahawa ketika langkah ini pertama kali diumumkan ia tidak memberi impak besar pada harga seperti yang diharapkan oleh segelintir pihak. Hal ini mungkin kerana kurangnya cakna dari populasi luar. Namun harus diketahui, negara El Salvador memiliki kadar kemiskinan yang tinggi dan tidak ramai yangn memiliki capaian internet atau telefon pintar untuk ikut serta dalam penggunaan bitcoin.

Sebagai sebahagian daripada undang-undang baru, perniagaan akan diminta untuk menerima bitcoin sebagai transaksi mendapatkan barang dan perkhidmatan kecuali yang tidak dapat mengguna pakai teknologi tersebut.

Negara ini telah membeli 400 bitcoin bernilai kira-kira $ 20 juta dan menyalurkan $30 kepada rakyat Salvador yang berdaftar.

Rentetan ini telah muncul gerakan yang menyeru orang ramai membeli bitcoin bernilai $30 dalam mata wang fiat tempatan mereka untuk memperingati undang-undang baru El Salvador. Pelan ini adalah bagi memndorong orang ramai untuk membeli bitcoin berbanding untuk mendorong ‘pump’ harga bitcoin sebagaimana pandangan penganalisis.

“Apa yang paling perlu diperhatikan adalah sama ada negara jiran di Amerika Latin atau negara lain di dunia, mulai menggunakan bitcoin sebagai mata wang negara mereka juga,” kata Wald.

Sekiranya ini terjadi, ketika itulah kita dapat melihat pergerakan parabola lebih tinggi, kerana momentum yang diperoleh dari berjuta-juta orang yang mempunyai akses segera ke kripto akan menghasilkan lebih banyak pegangan dan sekaligus mendorong peningkatan harga.

Pada hari Isnin, ahli politik Panaman Gabriel Silva memperkenalkan “Undang-Undang Kripto,” yang bertujuan untuk menjadikan Panama sebuah negara yang seiring dengan perkembangan teknologi blockchain , kripto dan internet.

免責聲明

本文觀點僅代表作者個人觀點,不構成本平台的投資建議,本平台不對文章信息準確性、完整性和及時性作出任何保證,亦不對因使用或信賴文章信息引發的任何損失承擔責任
上一篇

【天眼合约日报】BTC延续震荡 调整或需更长时间

下一篇

CBDC|不丹合作「瑞波CBDC解決方案」試驗央行數位貨幣 | 動區動趨-最具影響力的區塊鏈媒體 (比特幣, 加密貨幣)