Hive Blockchain Ingin Tampil Jadi Penyelamat Industri Mining

摘要:Hive Blockchain Technologies Ltd, merupakan syarikat perlombongan kripto yang dilancarkan pada tahun 2017, dilaporkan telah membeli lebih daripada 3,000 alat perlombongan.

Pembelian mesin tersebut dipercayai dapat kadar hash Bitcoin keseluruhan syarikat hampir 50%. Syarikat itu mengumumkan pembelian terbarunya dalam siaran akhbar pada 12 Julai. Peralatan yang dibeli tersebut akan segera diguna pakai, dimana ia dijangka akan mendorong peningkatan kadar hash BTC sebanyak 46%.

Perkara ini dilihat sebagai satu sentimen yang positif kerana kadar hash Bitcoin telah mengalami kejatuhan terbanyak sejak Mei lalu. Justeru dengan pembelian mesin perlombongan ini ia bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan kadar hash BTC namun ia turut meningkatkan hasil harian syarikat.

Selain itu, HIVE mengatakan akan menyumbangkan kekuatan hash BTCnya kepada Foundry USA Pool, yang pelanggan utamanya termasuk Blockcap, Bitfarms, dan Hut8.

Pengerusi Eksekutif HIVE,Frank Holmes menyatakan bahawa pengharaman perlombongan di China telah menyebabkan aktiviti melombong Bitcoin beralih ke tempat baru. Justeru ia merupakan kesempatan untuk syarikat beliau mengambil peluang ini.

Sebagaimana sedia maklum bahawa perlombongan BTC di China merangkumi 60% perlombongan BTC. Pengharaman itu telah membawa kesan besar terhadap rangkaian. Kadar hash menjunam lebih dari 50% dalam beberapa minggu, yang menyebabkan penyesuaian perlu dilakukan.

Walaubagaimanapun, bermula bulan Julai ini, telah terdapat laporan bahawa kadar hash mula meningkat dan perlombongan Bitcoin banyak beralih ke Barat. Antara beberapa destinasi baru yang paling disukai termasuk Kazahkstan, Kanada, dan AS

免責聲明

本文觀點僅代表作者個人觀點,不構成本平台的投資建議,本平台不對文章信息準確性、完整性和及時性作出任何保證,亦不對因使用或信賴文章信息引發的任何損失承擔責任
上一篇

【天眼合约日报】BTC延续震荡 调整或需更长时间

下一篇

CBDC|不丹合作「瑞波CBDC解決方案」試驗央行數位貨幣 | 動區動趨-最具影響力的區塊鏈媒體 (比特幣, 加密貨幣)