Bitcoin SV (BSV) Hampir Musnah

摘要:Bitcoin SV menggemparkan komuniti kripto apabila diserang serangan 51% atau 51% attack pada malam tadi waktu tempatan.

Serangan itu dikenalpasti oleh platform pengurusan risiko, FARUM dan didapati serangan 51% menyebabkan 14 blok disusun semula dan tiga versi rantai dilombong secara serentak.

Dilaporkan lebih 3 jam keseluruhan ekosistem BSV dikawal oleh penceroboh. Pengurus produk data rangkaian Coin Metrics, Lucas Nuzzi menyifatkan serangan ini bertujuan menghancurkan BSV.

Organisasi yang menyokong pembangunan BSV, Bitcoin Adoption pada masa yang sama menggesa semua operator nod tandakan rantai ‘tipu’ sebagai ‘tidak sah’. Hanya melalui cara ini, nod dapat dikembalikan kepada rantai sebenar dan menyingkirkan rantai yang diwujudkan oleh penceroboh.

Sehingga ketika artikel ini ditulis, masih belum dapat disahihkan sama ada serangan tersebut sudah berakhir atau penceroboh tangguh untuk sementara.

Bitcoin SV atau dikenali sebagai Bitcoin Satoshi Vision merupakan produk kepada hard fork Bitcoin Cash (BCH) pada November 2018. Tiada perbezaan antara polisi monetari BSV, BCH dan Bitcoin (BTC) kecuali, ketiga-tiga ini ‘berpisah’ kerana perbezaan pandangan dalam komuniti Bitcoin Cash berkaitan cadangan untuk menjadikan transaksi lebih efisien.

Sehingga kini, BSV masih dikenali sebagai salah satu blockchain terbesar dari segi nilai monetari. Dengan nilai pasarannya yang melebihi $2.6 bilion, BSV berada di tempat ke-40 di CoinMarketCap.

Ketika penulisan, BSV didagangkan pada $138.53, susut hampir 4% dalam 24 jam. Aset ini susut hampir 72% dari paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $491.64 yang direkod pada April lalu.

免責聲明

本文觀點僅代表作者個人觀點,不構成本平台的投資建議,本平台不對文章信息準確性、完整性和及時性作出任何保證,亦不對因使用或信賴文章信息引發的任何損失承擔責任
上一篇

【天眼合约日报】BTC延续震荡 调整或需更长时间

下一篇

CBDC|不丹合作「瑞波CBDC解決方案」試驗央行數位貨幣 | 動區動趨-最具影響力的區塊鏈媒體 (比特幣, 加密貨幣)