Pedagang NFT Kian Bertambah

摘要:OpenSea yang m erupakan platform pertukaran NFT catat kejayaan dengan lonjakan ‘volume’ berturut-turut dari bulan ke bulan. Berbanding dengan bulan Julai yang lalu, bulan Ogos ini menunjukkan peningkatan jumlah transaksi sebanyak 9.3 kali ganda, menjumlah lebih dari $3 bilion jumlah nilai transaksi.

Peningkatan jumlah transaksi ini bukan sahaja berlaku dalam kiraan bulan namun jumlah transaksi harian juga meningkat dengan catat jumlah nilai harian lebih dari $320 juta. Berdasarkan data, Dune Analystics, OpenSea turut mengalami kenaikan yuran bulanan hingga lebih dari $215 juta, bersama dengan penjualan NFT yang luar biasa sehingga lebih dari 1 juta dalam sebulan.

Selain itu pada akhir bulan Ogos, jumlah pedagang aktif di platform perdagangan dan pertukaran NFT telah meningkat kepada 205,745. Jumlah dagangan harian OpenSea melepasi $ 200 Juta pada 24 Ogos, berdasarkan laporan Dune Analytics. Jumlah dagangan satu hari yang memecahkan rekod OpenSea dengan kenaikan berturut-turut bermula pada 21 Ogos dengan $ 125 Juta.

“Sejak 21 Ogos, jumlah dagangan satu hari telah melebihi 100 juta US dolar selama empat hari berturut-turut. Di samping itu, jumlah pengguna berdaftar yang telah berdagang sekurang-kurangnya sekali di OpenSea melebihi 278,000. ”,kata wartawan China, Colin Wu.

OpenSea telah menikmati kenaikan jumlah bulanan sejak April 2021. Pada bulan Julai, OpenSea menyaksikan nilai dagang luar biasa pada $ 325.9 juta. Tambahan pula, pada bulan Julai OpenSea menyaksikan nilai pasaran lebih 90%, secara tidak langsung menjadikannya carta pertama dalam pasaran NFT.

Peningkatan ini didorong oleh perhatian besar komuniti kripto dan industri terhadap bidang NFT. Kebanyakkan industri mula mengambil bahagian dalam NFT, bermula dari jenama komersial seperti Coca-Cola sehinggalah kepada industri perfileman seperti Marvels Entertainment.

Maka tidak hairan pengarah Hermitage, Mikhail Borisovich Piotrovsky mengatakan bahawa teknologi baru khususnya blockchain telah membuka bab baru dalam pengembangan pasaran seni yang mementingkan pemilikan dan jaminan pemilikan. Market Cap NFT kini bernilai $34 bilion semasa penulisan.

免責聲明

本文觀點僅代表作者個人觀點,不構成本平台的投資建議,本平台不對文章信息準確性、完整性和及時性作出任何保證,亦不對因使用或信賴文章信息引發的任何損失承擔責任
上一篇

【天眼合约日报】BTC延续震荡 调整或需更长时间

下一篇

CBDC|不丹合作「瑞波CBDC解決方案」試驗央行數位貨幣 | 動區動趨-最具影響力的區塊鏈媒體 (比特幣, 加密貨幣)