Hash Rate Bitcoin (BTC) Semakin Pulih Walaupun Keadaan Industri Suram

摘要:Hash rateBitcoin (BTC) menunjukkan perubahan positif, kini meningkat lebih 100 EH/s. Rekod tersebut kali terakhir dilihat pada Mei 2020.

Pada 9 Julai, kadar hash rate BTC mencatatkan rekod 88EH/s sebelum melonjak 14% dan kembali berada di rekod 100 EH/s.

Ketika penulisan, BitInfoCharts menunjukkan kadar hash rate Bitcoin berada di 104 EH/s.

Firma analisis data menyimpulkan keadaan ini sebagai satu petanda baik, menunjukkan tamatnya peralihan perlombongan China. Mereka juga menjangkakan lonjakan hash rate lebih tinggi sebaik sahaja para pelombong yang berpindah ke luar negara kembali beroperasi.

Bagaimanapun, ekoran daripada rekod hash rate sekitar 200 EH/s sebelum berlakunya FUD, sebenarnya situasi ini masih sukar dipastikan sebagai khabar baik.

Kita sedia maklum, China mula bertindak tegas terhadap sektor perlombongan kripto termasuk menyekat mana-mana institusi kewangan yang menawarkan perkhidmatan berkaitan matawang kripto,.

Bukan sahaja pasaran menyaksikan keruntuhan harga Bitcoin (BTC) tetapi juga rekod hash rate menurun selepas pelombong China menangguhkan operasi mereka.

Pelombong kripto China bernasib baik kerana beberapa negara seperti Amerika Syarikat (AS), El Salvador, dan Kazakhstan mengalu-alukan kedatangan mereka yang mencari tempat baru.

Misalnya Kazakhstan dilihat tampil sebagai pusat kuasa perlombongan kripto di bawah pentadbiran Presiden Nursultan Nazarbayev. Didapati pada April 2020, negara itu menyumbang 6.2% hash rate secara global. Kini, kadar tersebut meningkat kepada 8.2%.

Mungkin, buat masa sekarang negara itu masih tidak menerima penggunaan matawang kripto tetapi mereka menunjukkan minat untuk memansuhkan larangan tersebut.

Malah, dilaporkan tidak lama lagi, penduduk negara itu berpeluang untuk membuka akaun bank kripto dan usaha itu masih dalam perancangan rapi.

免责声明

本文观点仅代表作者个人观点,不构成本平台的投资建议,本平台不对文章信息准确性、完整性和及时性作出任何保证,亦不对因使用或信赖文章信息引发的任何损失承担责任
上一篇

EIP-1559会使以太坊成为未来十年的通货紧缩资产吗?

下一篇

彭博社:比特币、黄金、美国国债或成下半年最佳表现者