Bila Masa Terbaik ‘Top-Up’ Kripto? Ini Jawapan CEO Pantera!

摘要:CEO Pantera Capital, Dan Morehead menyifatkan panik yang disebabkan oleh selloff dalam pasaran kripto adalah perkara biasa.

Menurutnya dalam twit terbaru, masa terbaik untuk membeli kripto adalah ketika pasaran di bawah trend

Ini dibuktikan melalui rekod Bitcoin yang murah, berbanding trendnya pada kadar 20.3% bagi 11 tahun yang lalu.

Malah, Morehead memberi jaminan yang pulangan bagi tahun ke tahun tidak menunjukkan Bitcoin ‘overvalued’: “Ketika ini ia didagangkan pada 281% tahun ke tahun, yang mana masuk akan kerana pencetakan wang berlaku dalam tempoh tersebut.”

Tiga faktor yang menyumbang kepada keruntuhan pasaran kripto:

1/ Sekatan industri kripto di China memainkan peranan sebagai punca utama. Bagaimanapun, ini bukan kali pertama, malah berkali-kali.

2/ Tax Day di Amerika Syarikat (AS) mendorong pelabur mencairkan pegangan mereka untuk kadar cukai mereka.

3/ Tidak lain tidak bukan Elon Musk yang secara tiba-tiba mengumumkan keputusan Tesla untuk menangguhkan penggunaan Bitcoin (BTC) pada Mei lalu.

Bagaimanapun, ini sekadar pandangan CEO Pantera yang melihat situasi ini sebagai satu peluang kepada pelabur untuk menambah portfolio.

Digalakkan pembaca Intraday untuk membuat kajian terlebih dahulu, DYOR bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku yang akhirnya mengundang penyesalan.

Pasaran kripto menyaksikan keruntuhan nilai pasaran sebanyak 42% daripada ketinggian sepanjang masa (ATH), $2.5 trilion pada pertengahan Mei. Ketika penulisan, rekod menunjukkan nilai pasaran berada di paras $1.6 trilion.

免责声明

本文观点仅代表作者个人观点,不构成本平台的投资建议,本平台不对文章信息准确性、完整性和及时性作出任何保证,亦不对因使用或信赖文章信息引发的任何损失承担责任
上一篇

天眼前瞻 | Shirtum平台:通过体育收藏品为NFT市场赋能

下一篇

一文读懂跨链发展史,V神提出的Rollups之间的桥要如何修建?