Solana (SOL) Semakin ‘Gila’!

摘要:Solana (SOL) terus mempamerkan pergerakan yang positif dan kini telah menembusi kedudukan 10 teratas dengan nilai pasaran lebih $28 bilion berdasarkan CoinMarketCap.

Aset ini juga mengatasi nilai pasaran Polkadot (~$25 bilion) dan Uniswap (~16 bilion).

Pertumbuhannya majoriti didorong oleh peningkatan kadar minat dalam kalangan pelabur institusi yang yakin terhadap perkembangan ekosistem Solana, termasuk pasaran non-fungible token (NFT) dan DeFi yang sedang menjadi kegilaan ketika ini.

Pelancaran Degenerate Ape Academy di blockchain Solana dua minggu lalu menyaksikan 10,000 karya unik kartun beruk terjual dalam masa 10 minit, menyebabkan tekanan terhadap harga SOL.

Semalam SOL mencatatkan harga tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaru, $98.86, membuktikan aset ini telah melonjak dua kali ganda sejak 15 Ogos.

Firma perkhidmatan kewangan kripto, Amber Group ada menjelaskan bahawa beberapa projek kripto selain Solana, seperti Cosmos (ATOM), Luna, dan Avalanche (AVAX) menyaksikan sejumlah besar aliran masuk dana.

Aset-aset tersebut pada masa yang sama telah mencatatkan lonjakan lebih 80%, mengatasi rekod Ethereum (ETH) selama lebih 4 minggu.

Setakat ini tiada sebarang alasan untuk aset ini mencatatkan penyusutan, “Solana akan menjadi platform terbesar untuk sektor DeFi dan NFT.” – ketua penganalisis teknikal Token Metrics, Bill Noble.

Ketika penulisan, SOL didagangkan kepada $98.40 susut 0.48% daripada rekod ATH, namun masih mencatatkan peningkatan lebih 2% dalam 24 jam.

免责声明

本文观点仅代表作者个人观点,不构成本平台的投资建议,本平台不对文章信息准确性、完整性和及时性作出任何保证,亦不对因使用或信赖文章信息引发的任何损失承担责任
上一篇

天眼今日分析丨SOL逆市大涨突破100美元大关

下一篇

比特币上行空间似乎限制在50000- 55000美元 上涨势头放缓阻力较强