Permintaan Terhadap BTC & ETH Semakin Lemah

摘要:Firma penyelidkan Glassnode pada hari ini telah mengeluarkan dapatan kajian kripto bahawa permintaan institusi semakin perlahan dengan pasaran Bitcoin masih cuba melepasi paras rintangan. Pasaran kripto tambah tertekan apabila tekanan penjualan daripada perlombongan semakin meningkat.

Laporan itu menyatakan bahawa salah satu faktor terbesar dalam naratif institusi adalah aliran aset kripto yang sehala kepada dana GBTC Grayscale. Para pelabur cuba untuk memanfaatkan abritaj yang tinggi dikecapi pada tahun 2020 dan awal 2021.

Bitcoin masih lagi didagangkan sideway pada minggu ini ditambah dengan para pelabur mula melepaskan keuntungan sebelumnya dalam pasaran dengan menjualan pelaburan mereka ketika pasran ‘downtrend’.

Sejak pertengahan Mei, nilai aset bersih telah berkurangan sebanyak -21.23%. Potongan harga ini terus meningkat berikutan penjualan dalam pasaran. Glassnode juga melihat aliran keluar dari dua institusi dan BTC.

Secara rumusan, laporan menyatakan bahawa premium GBTC, aliran keluar bersih dari ETF dan Coibanse dapat disimpulkan bahawa permintaan BTC dari institusi semakin lemah sejak seminggu lalu.

Jumlah aliran keluar Bitcoin bagi semua dana telah merosot menjadi hanya $ 1.3 juta, turun dari $ 89 juta untuk minggu sebelumnya. Namun, terdapat aliran masuk yang sedikit untuk Grayscale. Hal ini menunjukkan sentimen bercampur untuk pasaran Bitcoin dalam kalangan pelabur.

免责声明

本文观点仅代表作者个人观点,不构成本平台的投资建议,本平台不对文章信息准确性、完整性和及时性作出任何保证,亦不对因使用或信赖文章信息引发的任何损失承担责任
上一篇

5大方法揭秘 如何减少DeFi漏洞带来的个人财务风险?

下一篇

DeFi之道丨一文了解Uniswap V3做市,真正的潜力还未开放