Jerung Ambil Peluang ‘Kaut’ Lebih Banyak BTC Di Tengah Pembetulan Harga

摘要:MicroStrategy mungkin salah satu firma gergasi yang tidak menang tangan dalam membuat pelaburan di dalam Bitcoin (BTC).

Manakan tidak, sejak dua menjak ini disaat harga BTC merundum sedikit, firma itu melaporkan telah membeli lebih banyak Bitcoin. Syarikat gergasi yang berpangkalan di AS itu membeli lebih dari 3,900 BTC.

Dilaporkan kini memiliki hampir 109,000 bitcoin setelah syarikat itu membeli 3,900 BTC dengan harga berjumlah hampir $177 juta. Dengan kata lain, firma itu memilik pegangan lebih 0.6% daripada jumlah BTC yang ada.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MicroStrategy, Michael Saylor telah mengumumkan pembelian terbaru pada 24 Ogos. Pembelian itu hasil daripada penjualan kemudahan ATM. Selepas pembelian semasa, MicroStrategy kini memiliki sebanyak 108,992 unit BTC.

Pada bulan Julai yang lalu, Michael Saylor menyatakan bahawa syarikatnya tekad untuk menambahkan pegangan BTC walaupun mencatat kerugian pada suku kedua 2021 disebabkan penurunan harga.

Saylor dalam masa yang sama turut mengatakan bahawa beliau belum lagi terdesak untuk menjual pegangan Bitcoin beliau ataupun simpanan BTC syarikat walaupun harga BTC menjunam.

免责声明

本文观点仅代表作者个人观点,不构成本平台的投资建议,本平台不对文章信息准确性、完整性和及时性作出任何保证,亦不对因使用或信赖文章信息引发的任何损失承担责任
上一篇

DeFi采用指数一览:主要增长市场是西欧 更受大型投资者欢迎

下一篇

疫情下利润不减反增 黑手党等犯罪组织日益涌向加密货币