China Mulakan Sistem Pembayaran Gaji Dalam Yuan Digital

摘要:Dalam perkembangan terbaru, pekerja di Xiong’an New Area di China telah menerima gaji mereka di dalam matawang yuan digital.

Pemberian gaji itu dapat dilaksanakan menggunakan teknologi blockchain, Xiong‘an Blockchain Payment Platformyang diusahakan hasil kerjasama antara Bank of China cawangan Hebei Xiong’an dengan China Xiongan Group Digital City Technology.

Xiongan merupakan salah satu bandar pertama selain daerah Shenzhen dan Suzhou yang membuat ujikaji terhadap yuan digital ketika negara itu mengumumkan fasa pengujian matawang digital bank pusat (CBDC) pada tahun lalu.

Bagaimanapun, Xiongan terlebih dahulu menjadi bandar pertama yang menguji pemberian gaji dalam yuan digital kepada penduduknya.

Malah, wallet hardware juga telah dilancarkan pada Februari lalu bagi tujuan penyimpanan yuan digital. Ia dibangunkan oleh Agricultural Bank of China (ABC) dan dilancarkan di Xiongan New Area.

Ketika Amerika Syarikat (AS) bimbang kewujudan yuan digital menjadi ancaman kepada dolar, China sejak April lagi sudah memberi penjelasan bahawa mereka tidak mahu aset digital ini menjadi ‘senjata’ menentang matawang itu. Sebaliknya mereka memberi jaminan penggunaan yuan digital hanya untuk kegunaan domestik sahaja.

Pada masa yang sama, yuan digital juga tidak akan menggantikan perkhidmatan pembayaran digital daripada firma penyedia terbesar China seperti Alipay dan WeChat Pay.

免责声明

本文观点仅代表作者个人观点,不构成本平台的投资建议,本平台不对文章信息准确性、完整性和及时性作出任何保证,亦不对因使用或信赖文章信息引发的任何损失承担责任
上一篇

一文读懂波卡和NEAR为何都要构建跨链桥

下一篇

调查:五分之一的新西兰人看好加密货币投资