Uruguay Ingin Matawang Kripto Diterima Sebagai Medium Pembayaran

摘要:Uruguay dilaporkan sedang mara untuk menerima matawang kripto ke dalam sebahagian ekonominya.

Susulan daripada itu, Senator Juan Satori telah mengusulkan rang undang-undang yang mana akan mengatur matawang kripto sekaligus membenarkan perniagaan untuk menerima pembayaran kripto.

Bagaimanapun, cadangan yang dikemukakan tidak sama seperti idea presiden El Salvador, Nayib Bukele yang menjadikan matawang kripto sebagai tender sah.

Berdasarkan rang undang-undang tersebut, aset kripto akan dikenali dan diterima oleh undang-undang, dan boleh digunakan dalam mana-mana perniagaan yang sah.

Tidak cukup dengan itu, aset kripto juga akan dianggap sebagai medium pembayaran yang sah, turut termasuk dalam undang-undang inklusi kewangan selagi mana ia mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Jika rang undang-undang ini diterima majoriti, pihak kerajaan akan mengeluarkan tiga jenis lesen untuk perniagaan menggunakan kripto:

  • Lesen yang membolehkan syarikat-syarikat untuk berdagang aset kripto di pertukaran (exchanges).

  • Lesen yang membenarkan aktiviti simpanan atau pemilikan aset kripto.

  • Lesen yang digunakan untuk mengeluarkan aset kripto atau token utiliti dengan ciri-ciri kewangan.

  • Lesen-lesen tersebut berada di bawah bidang kuasa National Secretariat for the Fight Against Money Laundering and Terrorism Financing (SENACLAFT).

    Selain Uruguay, beberapa negara Amerika Selatan lain seperti Paraguay, Panama, Argentina, dan Columbia juga sudah mula mengusahakan penggunaan kripto dalam sebahagian ekonomi negara masing-masing.

免责声明

本文观点仅代表作者个人观点,不构成本平台的投资建议,本平台不对文章信息准确性、完整性和及时性作出任何保证,亦不对因使用或信赖文章信息引发的任何损失承担责任
上一篇

美联储理事沃勒:私人稳定币或较CBDC更为出色

下一篇

天眼DeFi日报丨美国SEC专员批DeFi领域不透明 比特币冲回4万大关