Cardano Kini Rasmi Menyokong Teknologi Kontrak Pintar

摘要:Alonzo akhirnya sepenuhnya bersiaran di rangkaian Cardano (ADA) pada awal pagi sekitar lewat jam 5 pagi waktu tempatan.

Rasminya hard fork Alonzo bermakna bermulalah era baharu Cardano dengan sokongan terhadap kontrak pintar melalui integrasi Plutus script.

Plutus sebenarnya memainkan peranan yang membolehkan kontrak pintar berfungsi dengan baik, terutama mengenalpasti parameter model UTXO melalui kelebihan unik berbanding model lain.

Tidak cukup dengan itu, Plutus Application Framework (PAF) turut menyediakan akses kepada perkhidmatan dan aplikasi yang berjalan di rangkaian, termasuk saling kendali pelayar web lengkap.

Rangkaian Cardano berhadapan dengan perjalanan yang panjang sebelum melancarkan kontrak pintar pada hari ini. Ia bermula dengan:

  • Byron reboot (MAC 2020)– penerapan asas rangkaian dengan menyediakan kod asas berskala dan kukuh.

  • Penambahbaikan Shelley (JULAI 2020)– peralihan Cardano daripada model bersekutu atau centralized (berpusat) kepada decentralized (desentralisasi/tidak berpusat).

  • Penambahbaikan Mary (MAC 2021)– mewujudkan rangkaian multi-asset, pengenalan token natif dan alternatif kepada standard model ERC-20.

  • Penambahbaikan Alonzo (MEI 2020) – penerapan kontrak pintar.

  • Ramai meramalkan pelancaran teknologi kontrak pintar di Cardano akan mencetuskan lonjakan ADA ke paras $5 walaupun pada masa yang sama rangkaian ini menghadapi kegagalan Minswap pada minggu lepas menyebabkan FUD dalam kalangan komunitinya.

免责声明

本文观点仅代表作者个人观点,不构成本平台的投资建议,本平台不对文章信息准确性、完整性和及时性作出任何保证,亦不对因使用或信赖文章信息引发的任何损失承担责任
上一篇

灰度动态丨灰度上周增持LINK、MANA两大币种

下一篇

DeFi之道丨3分钟对比Celer与Hop Protocol的快速跨链转账原理