Selepas Ini ‘Novi’ Facebook Bakal Menyokong NFT Pula

摘要:Facebook mahu mengembangkan lagi pendedahan sektor kripto apabila dilaporkan mahu menyokong non-fungible token (NFT) pula.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh ketua kewangan Facebook, David Marcus semalam.

Melalui wallet Novi, Facebook mahu penggunanya turut dapat mengakses fungsi penyokongan terhadap NFT bukan hanya semata-mata matawang kripto seperti Bitcoin (BTC) dan altcoin yang lain.

Bagaimanapun Marcus tidak menjelaskan secara terperinci jenis produk berkaitan NFT yang bakal ditubuhkan.

Menyentuh tentang wallet Novi, pelancarannya terpaksa ditangguhkan sehingga matawang digital Diem menerima kelulusan daripada pihak penyelia. Sedia maklum, dari awal lagi Diem berhadapan dengan tekanan daripada pihak penyelia dan penggubal undang-undang.

Sebelum ini pihak mereka bersetuju untuk melancarkan Novi terlebih dahulu tanpa Diem. Bagaimanapun, keputusan itu terpaksa ditarik memandangkan kedua-duanya diperlukan dalam usaha mengubah cara orang ramai membuat pembayaran.

Diam merupakan stablecoin yang menawarkan transaksi keseluruhan dunia dengan kadar yang laju pada kos yang rendah.

免责声明

本文观点仅代表作者个人观点,不构成本平台的投资建议,本平台不对文章信息准确性、完整性和及时性作出任何保证,亦不对因使用或信赖文章信息引发的任何损失承担责任
上一篇

DeFi采用指数一览:主要增长市场是西欧 更受大型投资者欢迎

下一篇

疫情下利润不减反增 黑手党等犯罪组织日益涌向加密货币