Dituduh Manipulasi Pasaran, Ini Penjelasan Binance...

摘要:Binance dalam twit terbarunya pada malam tadi menjelaskan pihak mereka tidak pernah memanipulasi pasaran dan menentang kepentingan penggunanya.

Tidak pasti apa yang mencetuskan ‘emosi’ Binance, namun ada segelintir pihak berpendapat ia mungkin berkaitan dengan kenyataan yang dimuatnaik oleh seorang individu yang mengaku dirinya sebagai bekas pekerja Binance.

Pada 21 Ogos, pengguna twit dengan username @RealFulltimeApe telah menuduh Binance mempergunakan penggunanya: “Sebagai bekas jurutera data Binance (Eropah), saya boleh beritahu anda: Anda telah ditipu. Binance sentiasa countertrading dan liquidating anda. Binance ada menyimpan gambaran keseluruhan liquid besar dan sengaja pump/dump harga untuk mendapatkan keuntungan. Bukti akan menyusul.”

Menyedari keadaan ini menyukarkan lagi pasaran Binance, pihak mereka tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang demi melindungi kepentingannya.

Sementara itu, akaun @RealFulltimeApe didapati telah dipadam ketika artikel ini ditulis.

Kedudukan Binance boleh dikatakan semakin meruncing.

Sebelum ini firma itu telah berhadapan dengan isu pengoperasian secara haram dan menjadi sasaran pihak berkuasa beberapa negara termasuk Italy, Malaysia, Poland, Jerman, United Kingdom (UK), Thailand, Kanada, Jepun, Singapura, Korea Selatan, dan Netherland

免责声明

本文观点仅代表作者个人观点,不构成本平台的投资建议,本平台不对文章信息准确性、完整性和及时性作出任何保证,亦不对因使用或信赖文章信息引发的任何损失承担责任
上一篇

VISA购买CryptoPunk这一举动对以太坊生态系统意味着什么?

下一篇

Circle将USDC储备构成改为现金和国债会产生什么影响?

本国监管5-10年 9.27