Polis Diraja Malaysia Rampas 255 Mesin Bitcoin Haram

摘要:Sebanyak 255 mesin bagi aktiviti melombong mata wang digital bitcoin dirampas di Tampin.

Sebanyak 255 mesin bagi aktiviti melombong mata wang digital bitcoin dengan nilai anggaran RM382,500 dirampas polis dalam tiga serbuan di sekitar daerah Tampin.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superitendan Anuwal Ab Wahab berkata, serbuan pada Rabu jam 6 petang hingga 10.15 malam itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) selepas hasil risikan dan maklumat diterima.

Tiga serbuan dilakukan ke atas tiga buah premis di kawasan Gemas dan Gemencheh yang dipercayai menjalankan aktiviti bitcoin.

“Pemeriksaan mendapati kesemua premis dijadikan lokasi aktiviti bitcoin dan terdapat 255 buah mesin keseluruhannya,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, turut ditahan seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun dipercayai penjaga premis.

Ujarnya, polis turut mengeluarkan kompaun terhadap lelaki terbabit kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Anggaran kerugian yang ditanggung TNB bagi aktiviti tersebut iaitu RM444,366.77.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

免责声明

本文观点仅代表作者个人观点,不构成本平台的投资建议,本平台不对文章信息准确性、完整性和及时性作出任何保证,亦不对因使用或信赖文章信息引发的任何损失承担责任
上一篇

美国SEC再发警告:关注比特币期货基金的投资风险

下一篇

HECO每日三分钟|HECO节点竞选三步走6月11日