Axie Infinity Cantas Prestasi Kebanyakan Kripto!

摘要:Semakin mendapat perhatian, Axie Infinity (AXS) telah menunjukkan satu prestasi yang menakjubkan dalam pasaran mencantas beberapa matawang digital.

Axie telah mencatatkan lebih $5.5 bilion jumlah dagangan dalam tempoh 24 jam, sekaligus memecah masuk ke dalam carta senarai matawang kripto 30 teratas.

Sesi dagangan semalam menghasilkan hampir 50% lonjakan, mengakhiri paras harga sekitar $61,85.

Peningkatan teknologi dan industri permainan dunia mendorong ramai pelabur semakin menggemari permainan Axie kerana mempunyai ciri-ciri permainan yang menarik dan mendapat daya tarikan yang luas.

Terbaru, WazirX sebuah pertukaran matawang kripto terbesar di India telah menyenaraikan Axie ke dalam platform tersebut.

Secara konsistennya telah menghasilkan lebih 160% lonjakan secara drastik mencatatkan paras tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaru mencapai harga $74 sehingga sesi dagangan hari ini.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga masih kekal dengan trend bullish dan sedang berlegar-legar didalam ruangan zon resistance sekitar $71.

Bagi jangkaan seterusnya, sekiranya pergerakan harga kekal dengan momentum kenaikannya, ia bakal mencatatkan lagi paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru jika sentimen yang kukuh menyokong AXS.

Manakala, jika pergerakan harga AXS kembali menunjukkan trend bearish, pergerakan harga bakal menguji kembali zon RBS (resistance become support) sekitar $60 samada membuat rebound atau meneruskan penurunan ke paras yang terendah.

免责声明

本文观点仅代表作者个人观点,不构成本平台的投资建议,本平台不对文章信息准确性、完整性和及时性作出任何保证,亦不对因使用或信赖文章信息引发的任何损失承担责任
上一篇

为何日本对加密货币监管不会很快放松?

下一篇

币安CEO评论Poly Network黑客攻击:不存无风险之事