Gembiranya HODL Token TFUEL

摘要:TFUEL Terus Gah Melonjak 100% Dengan Pelancaran Mainnet 3.0

Meneliti pasaran menuju penghujung minggu, pasaran kripto dilihat seperti sedang memberi isyarat untuk membuat lonjakan harga yang disokong oleh kenaikan yang dibuat oleh nilai Bitcoin

Namun disaat kripto lain sedang membuat rentak kenaikan semula, TFUEL sudah pun meroket melebihi 100% pada bulan ini.

Kenaikan harga TFUEL ini disokong kuat oleh pelancaran Mainnet 3.0 di rangkaian yang dijadualkan pada 30 Jun ini dan juga dengan pelancaran ‘one-click delegated staking’

Hal itu terus memberikan momentum yang positif kepada TFUEL yang telah mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru 2021 di paras harga $0.67.

Dapat dilihat pada carta TFUEL/USDT, menjelang penghujung dagangan Mei, TFUEL sudah pun mula menunjukkan pergerakan yang positif setelah menembusi paras RBS (resistance become support) sekitar harga $0.30-$0.35.

Menyambung momentum kenaikan pada pembukaan pasaran hari ini, nampaknya harga TFUEL sedang membuat sedikit penurunan dari paras ATH sebelum ini sekitar harga $0.57.

Sekiranya pergerakan harga berjaya mengekalkan momentum lonjakan, paras ATH terbaru $0.67 bakal ditembusi dan meneruskan langkah pendakian yang lebih tinggi dalam mencapai paras ATH terbaru.

Kebanyakan pakar penganalisis menjangkakan harga TFUEL berkemungkinan bakal menuju ke paras harga hingga sekitar $0.80-$1.0 untuk membuat ATH terbaru jika terus disokong sentimen yang positif.

Namun jika pergerakan harga tidak berjaya meneruskan kenaikan, paras RBS $0.57 bakal diuji semula sebelum memberikan isyarat terbaru ke mana hala tuju pergerakan seterusnya.

Jika penurunan harga terus berlaku, paras RBS (Resistance Become Support) seterusnya sekitar $0.45 bakal menjadi tumpuan untuk diuji sebelum kemungkinan harga menuju ke paras yang lebih rendah.

Setakat jam 11.00 pagi waktu tempatan, harga TFUEL melonjak lebih 5% untuk diperdagangkan di atas paras $0.60.

免责声明

本文观点仅代表作者个人观点,不构成本平台的投资建议,本平台不对文章信息准确性、完整性和及时性作出任何保证,亦不对因使用或信赖文章信息引发的任何损失承担责任
上一篇

区块链50收评 | 放量大涨2.58%! 区块链50指数站上3900点

下一篇

Layer 2 声势渐起,资金和用户向以太坊回流?