Vitalik Buterin & Wakil Elon Musk Sertai Dogecoin Foundation!

摘要:Dogecoin Foundation kembali bernafas setelah beberapa tahun bersembunyi dari perhatian media.

Kali ini mereka tampil dengan tujuan untuk menyokong komuniti dan projek utama yang akan memberi manfaat kepada pertumbuhan blockchain Dogecoin (DOGE).

Menariknya, lembaga penasihat terbarunya terdiri daripada:

  • Pengasas Ethereum, Vitalik Buterin

  • Pengasas Tesla, Elon Musk yang diwakili oleh CEO Neuralink, Jared Birchall

  • Pengasas bersama Dogecoin, Billy Markus

  • Pembangun teras Dogecoin, Max Keller

  • Kemunculan terbaharu ini tidak melibatkan sebarang rombakan besar. Sebaliknya, mereka merancang untuk melantik staf sepenuh masa, termasuk jurutera.

    Dogecoin Foundation ditubuhkan pada 2014, beberapa bulan selepas pengasasnya, Jackson Palmer mengumumkan projek tersebut di Twitter. Pertubuhan ini juga terlibat dengan banyak sumbangan amal dalam sektor kripto.

    Bagaimanapun, selepas beberapa pengasas bersamanya: Ben Doernberg dan Eric Nakagawa meninggalkan Dogecoin, pertubuhan ini terus menyepi.

免责声明

本文观点仅代表作者个人观点,不构成本平台的投资建议,本平台不对文章信息准确性、完整性和及时性作出任何保证,亦不对因使用或信赖文章信息引发的任何损失承担责任
上一篇

美联储卡什卡利再度炮轰加密货币:95%的欺诈、炒作、噪音

下一篇

币安任命IRS前官员打击洗钱 合规招聘与日俱增