Twitter Lantik Pembangun Kripto Sebagai Ketua Projek Media Sosial Desentralisasi ‘Bluesky’

摘要:Projek Bluesky akan diketuai oleh bekas jurutera perisian untuk Zcash dan firma blockchain, Skuchain, Jay Graber.

Bluesky merupakan sebuah organisasi dan inisiatif yang diperkenalkan oleh CEO Twitter, Jack Dorsey pada 2019. Ia ditubuhkan dengan tujuan membina standard desentralisasi untuk media sosial termasuk Twitter.

Jelas Garber, bersama dengan beberapa individu yang pakar dalam pembangunan dan pencetus idea, mereka merancang untuk mewujudkan pasukan Bluesky dan bekerjasama dengan Twitter, termasuk beberapa syarikat lain.

Ketika idea Bluesky diumumkan, Dorsey mendedahkan cabaran rangkaian media sosial yang terpaksa hadapi termasuklah:

  • Dasar global pengawasan berpusat untuk penyalahgunaan alamat dan informasi yang mengelirukan

  • Peralihan dari hosting kandungan dan melumpuhkan algoritma rekomendasi

  • Kandungan yang mencetuskan kontroversi berbanding interaksi yang sihat dan berinformasi.

  • Dengan kewujudan teknologi baru, pendekatan desentralisasi menjadi lebih mudah. Misalnya, blockchain telah menawarkan beberapa penyelesaian terdesentralisasi bagi hostings, urus tadbir, termasuk peluang menjana kewangan.

    Dorsey sejak awal lagi sudah menunjukkan minatnya terhadap teknologi kripto. Pada Julai, figura itu telah mengumumkan projek wallet Bitcoin (BTC) dan platform DeFi Bitcoin. Tidak cukup dengan itu, Dorsey turut memberi hint bakal integrasikan Twitter dengan Bitcoin.

免责声明

本文观点仅代表作者个人观点,不构成本平台的投资建议,本平台不对文章信息准确性、完整性和及时性作出任何保证,亦不对因使用或信赖文章信息引发的任何损失承担责任
上一篇

天眼早报丨马斯克助理加入狗狗币基金会顾问委员会

下一篇

区块链如何赋予中东女性权力