Visa Umum Pembelian NFT CryptoPunk!

摘要:Visa yang merupakan syarikat gergasi kewangan akhirnya mengumumkan untuk turut serta dalam NFT mania yang sedang menjadi trend pada ketika ini dengan membuat pembelian pertama kalinya.

Visa dilaporkan telah membeli salah satu CryptoPunk NFT yang telah berjaya meraih jutaan dolar dalam lelongan. Syarikat gergasi Visa telah membelanjakan $150,000 untuk CryptoPunk 7610. Visa tidak melakukan pembayaran secara langsung namun melakukannya dengan kerjasama Anchorage. Dalam merealisasikan proses itu, Anchorage menjadi bank A.S pertama yang menguruskan NFT tersebut.

CryptoPunk dianggap sebagai koleksi pelaburan NFT blue-chip kerana jumlah penjualan telah mencapai $ 752 juta.

Daripada Sheffield, pengurus kripto di Visa,

Kami berpendapat bahawa NFT akan memainkan peranan yang sangat penting pada masa akan datang dalam industri peruncitan, hiburan dan perdagangan. Justeru, pihak Visa ingin memahami secara langsung apa yang diperlukan untuk memperoleh, menjaga, dan berinteraksi dengan NFT. Visa telah bekerjasama dengan Anchorage bagi merealisasikan hal ini dengan harapan dapat melatih kepakaran dan membantu pelanggan.

Koleksi CryptoPunk terdiri daripada 10,000 gambar 24 × 24 piksel avatar yang dihasilkan secara automatik. Avatar CryptoPunk Visa dicirikan oleh seorang wanita dengan mohawk dan mata hijau yang besar.

NFT sejak akhir-akhir ini menjadi ‘trend’ kerana jenama-jenama terkenal dan selebriti menerbitkan dan membuat pembelian NFT.Visa juga merancang untuk memainkan peranan penting dalam Metaverse. Dalam masa yang sama, menzahirkan bahawa ingin menjadi pemain penting dalam Metaverse dan merancang untuk membeli lebih banyak NFT.

免责声明

本文观点仅代表作者个人观点,不构成本平台的投资建议,本平台不对文章信息准确性、完整性和及时性作出任何保证,亦不对因使用或信赖文章信息引发的任何损失承担责任
上一篇

VISA购买CryptoPunk这一举动对以太坊生态系统意味着什么?

下一篇

Circle将USDC储备构成改为现金和国债会产生什么影响?