“Bitcoin Family” Dedah Simpanan Kripto Berselerak Di 4 Benua Dunia

摘要:Didi Taihuttu bersama isteri dan tiga orang anaknya kini pastinya sedang bergembira menikmati lonjakan nilai pelaburan mereka dalam pasaran kripto.

Menariknya, dilaporkan bahawa keluarga tersebut telah menyimpan sebahagian besar hasil kekayaan kripto mereka dalam tempat simpanan rahsia di empat benua yang berbeza!

Taihuttu memberitahu tentang tempat simpanan rahsia itu, dua daripadanya berada di Eropah, dua lagi di Asia, satu di Amerika Selatan dan satu lagi yang terakhir di Australia.

Keluarga tersebut memberitahu simpanan kripto mereka diagihkan kepada beberapa lokasi rahsia dengan cara simpanan yang berbeza, tetapi bukanlah seperti lokasi bawah tanah atau pulau terpencil yang tertanamnya harta karun seperti dalam filem.

“Saya mahu hidup dalam dunia tidak berpusat di mana saya bertanggungjawab melindungi harta saya”, kata Taihuttu.

Hot Wallet vs. Cold Storage

Pelabur kripto sebenarnya memiliki pelbagai cara untuk simpanan kripto mereka. Selain simpanan di wallet dalam talian, ramai yang memilih untuk menyimpan kripto secara fizikal melalui peranti khas.

“Hot wallet” adalah simpanan dalam talian dengan sambungan internet yang membenarkan pengguna mengakses dengan mudah terhadap koin mereka. Namun, simpanan ini mungkin terdedah dengan pelbagai risiko seperti penggodaman dan lain-lain.

“Cold storage” pula merujuk kepada simpanan kripto yang telah dialihkan ke dalam wallet fizikal yang bersertakan kunci peribadi (private key) sebagai kata laluan untuk akses kepada simpanan kripto tersebut.

Kelebihan simpanan jenis ini adalah lebih selamat terhadap risiko serangan ‘hacker’ dalam talian.

Keluarga Taihuttu dikatakan mempunyai simpanan kripto mereka dalam “hot wallet” sebanyak 26% yang dikategorikan sebagai modal risikonya.

Koin kripto ini akan digunakan sebagai perdagangan hariannya atau strategi yang berisiko tinggi namun berpotensi, seperti ketika beliau menjual semua Dogecoin ketika untung dan membelinya semula ketika nilai Dogecoin sudah jatuh di paras rendah semula.

Sementara 74% lagi jumlah portfolio kripto Taihuttu ditempatkan dalam simpanan “cold storage”. Harware wallet inilah yang telah diagihkan simpanannya ke serata dunia termasuk Bitcoin, Ethereum dan Litecoin miliknya.

Keluarga tersebut walau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah keseluruhan simpanan kripto milik mereka.

免责声明

本文观点仅代表作者个人观点,不构成本平台的投资建议,本平台不对文章信息准确性、完整性和及时性作出任何保证,亦不对因使用或信赖文章信息引发的任何损失承担责任
上一篇

黑客来袭,狂卷6亿美金,如何最大力度挽回损失?

下一篇

读懂「二池」设计的奥秘:流动性并非多多益善,是艺术也是科学