Venezuela Lancarkan Matawang Digital Pada Oktober

摘要:Bank pusat Venezuela akhirnya mengumumkan pelancaran matawang digital bank pusat atau CBDC akan berlangsung pada Oktober ini.

Mereka juga memberitahu akan berlaku perubahan nilai monetari dimana enam sifar dikurangkan dari matawang wang susulan daripada inflasi yang menguat.

Bermula pada 1 Oktober ini, bolivar digital akan diterapkan dalam ekonomi Venezuela. Wang tunainya pula akan tersedia dalam 1 syiling bolivar baharu, termasuk 5 Bs. Hingga 100 Bs. hasil daripada penyusunan semula matawang.

Namun, ia tidak bermakna akan turut memberi pengaruh terhadap nilai bolivar. Bank pusat menjelaskan, Bolivar tidak akan terlebih atau terkurang nilainya. Ia cuma dibawa ke skala monetari yang lebih sederhana.

CBDC yang dilancarkan akan turut bersama dengan kehadiran sistem permesejan untuk melancarkan pembayaran dan pemindahan antara penggunanya.

Penubuhan bolivar digital berbangkit pada Februari lalu oleh Presiden Nicolas Maduro. Pengenalan matawang digital adalah bertujuan untuk membangun semula ekonomi Venezuela.

Maduro sendiri sudah kenal dengan matawang digital kerana sebelum ini beliau telah melancarkan koin Petro yang bersandarkan kepada minyak pada 2018.

Malah, sebelum ini juga Maduro telah mengurangkan lima sifar dalam matawang pada 2018 ketika inflasi berada di kemuncaknya dengan rekod 1.8 juta peratus.

免责声明

本文观点仅代表作者个人观点,不构成本平台的投资建议,本平台不对文章信息准确性、完整性和及时性作出任何保证,亦不对因使用或信赖文章信息引发的任何损失承担责任
上一篇

天眼深度丨以太坊跌破3000美元 但期权数据继续看涨

下一篇

天眼深度 | TRON为GamiFi设立3亿美元基金后 是投资的好时机吗?