Syarikat B4U Trading Exit Scam ?

요약:B4U Trading yang beroperasi sejak tahun 2017 kini mengalami masalah pengeluaran dan web tidak dapat diakses.

B4U Trading adalah syarikat yang berpangkalan di Malaysia. WikiBit menerima pelbagai aduan daripada pengguna berkenaan syarikat pelaburan tersebut. Berikut adalah senarai aktiviti yang dijalankan B4U Trading :

  • Bitcoin Trading

  • Bitcoin Wallet

  • Import Basmathi Rice

  • Export Palm Oil

  • E-Hailing (Pakistan)

  • Property Development (Pakistan)

  • Joint Venture Project Motorcycle Factory

  • Invest on Bon & Stock Market

  • Pihak B4U mengatakan segala aktiviti perniagaan yang tersenarai adalah sah dijalankan di serata global. Dengan tagline “Be Your Own Boss With B4U Trading”, pihak pengguna telah ramai yang mengatakan syarikat ini telah membuat penipuan apabila laman sesawang telah disekat dan segala dana tidak dapat diambil kembali.

    Syarikat ini menawarkan keuntungan 7% sehingga 20% sebulan berdasarkan amaun pelaburan ahli. Paling menyedihkan ramai ahli dari Malaysia telah mengalami masalah tidak dapat mengeluarkan dana yang dilabur dan keuntungan yang diperolehi.

    WikiBit menyarankan semua pengguna sentiasa berhati-hati dalam melabur di dalam industri matawang kripto. Apa pun keputusan dari syarikat B4UTrading perlu ditunggu jika masih ada sinar di masa akan datang. Muat turun aplikasi WikiBit dan laporkan kegiatan-kegiatan seperti ini di ruangan “Exposure”. Bantu masyarakat untuk mengetahui kegiatan mereka yang tidakbertanggungjawab.

면책 성명

본 기사의 견해는 저자의 개인적 견해일 뿐이며 본 플랫폼은 투자 권고를 하지 않습니다. 본 플랫폼은 기사 내 정보의 정확성, 완전성, 적시성을 보장하지 않으며, 개인의 기사 내 정보에 의한 손실에 대해 책임을 지지 않습니다.
전편

速汇金(MoneyGram)允许在其1.2万家零售网络店上买卖比特币

다음

프리톤이 새로운 디파이 육성 프로그램을 시작한다