Pelabur Kembali Minat Dengan Dana Kripto Tetapi Bukan Bitcoin!

요약:Pemain kripto dinasihati untuk tidak terlalu teruja kerana boleh jadi fasa bearish masih belum berakhir

Para pelabur kripto dinasihati untuk tidak terlalu teruja kerana boleh jadi fasa bearish masih belum berakhir.

Berdasarkan pemerhatian daripada WikiBit, pelabur pasaran saham kembali menunjukkan minat terhadap dana aset digital, dengan rekod aliran masuk mencecah paras $74 juta dalam produk pelaburan kripto. Ini ringkasan kepada apa yang berlaku, mendorong kepada kebangkitan pasaran:

Bitcoin (BTC) mencatatkan aliran keluar bersih sebanyak $4 juta. Pasaran altcoin, Cardano (ADA), XRP, dan Polkadot (DOT) masing-masing mencatatkan aliran masuk lebih $3 juta, menunjukkan pelabur berminat dengan koin Proof of Stake (PoS).

Ethereum (ETH), pemenang perlumbaan ini, menyaksikan aliran masuk sebanyak $47 juta, menjadikan produk aset ini mendominasi pasaran sehingga 27%.

Lonjakan harga pada pagi ini barangkali sebahagiannya didorong oleh laporan penyelidikan daripada institusi akademi Universiti Pennsylvania dan kewangan, Goldman Sachs. Pada minggu lepas, kedua-dua institusi itu telah menulis satu kajian yang menfokuskan kepada Ethereum sebagai simpanan nilai kerana wujud kepentingannya kepada ekosistem DeFi.

Melalui lambakan projek, bermula dengan pelancaran penyelesaian layer two scaling, Arbitrum dan EIP-1559 bagi tujuan mengurangkan kos gas yang meninggi, termasuk peralihan kepada konsensus model PoS, tidak hairanlah mengapa Ethereum menjadi sasaran!

면책 성명

본 기사의 견해는 저자의 개인적 견해일 뿐이며 본 플랫폼은 투자 권고를 하지 않습니다. 본 플랫폼은 기사 내 정보의 정확성, 완전성, 적시성을 보장하지 않으며, 개인의 기사 내 정보에 의한 손실에 대해 책임을 지지 않습니다.
전편

速汇金(MoneyGram)允许在其1.2万家零售网络店上买卖比特币

다음

프리톤이 새로운 디파이 육성 프로그램을 시작한다