3 Solana Meroket Lebih $130!

요약:Nampak gayanya Solana (SOL) tidak mahu beralah, terus mengatasi altcoins lain dengan lonjakan ke paras tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaru, $130.11 pada malam tadi waktu tempatan. Ini menjadikan merekodkan peningkatan SOL adalah sebanyak lebih 40% dari harga terendah harian pada 29 Ogos, $90.34.

Sebelum ini lonjakan Solana dikhabarkan berpunca daripada pelancaran Degenerate Ape Academy di rangkaian itu ketika pasaran non-fungible token (NFT) sedang hangat.

Bagaimanapun, kali ini pergerakan positif SOL semalam rupanya didorong oleh rakaman teaser “Ignition” yang dimuatnaik di laman Twitter rasminya pada 28 Ogos.

Ignition, sebuah hackathon maya dengan ganjaran sehingga $5 juta dilaporkan berlangsung bermula 31 Ogos sehingga 8 Oktober 2021. Sebagai rekod, ini merupakan projek hackathon yang ke-4 diusahakan oleh Solana, satu peluang dibuka kepada developers menjalankan eksperimen dan manfaatkan blockchain Solana dengan mencipta projek berkaitan kewangan desentralisasi (DeFi), permainan blockchain, Web3, dan NFT.

Lagi dua khabar baik mengaitkan pergerakan harga Solana:

24 Ogos – pengurusan aset digital, Osprey Funds telah mendaftar dana Solana dengan Securities and Exchange Commission (SEC).

25 Ogos – Pyth Network bersiaran di Solana. Pyth Network merupakan penyedia data bersumberkan dari bursa dan firma perdagangan, dan pada masa yang sama meliputi aktiviti pasaran global.

Pyth juga dikatakan akan menggunakan protokol komunikasi cross-chain Solana, Wormhole untuk menyiarkan data pasaran dengan aplikasi desentralisasi (dApps) yang berfungsi di Ethereum, Binance Smart Chain, dan Terra.

Tidak hairanlah tiga faktor tersebut mengundang kegilaan harga Solana dalam masa beberapa hari sahaja!

면책 성명

본 기사의 견해는 저자의 개인적 견해일 뿐이며 본 플랫폼은 투자 권고를 하지 않습니다. 본 플랫폼은 기사 내 정보의 정확성, 완전성, 적시성을 보장하지 않으며, 개인의 기사 내 정보에 의한 손실에 대해 책임을 지지 않습니다.
전편

싱가포르, 가상자산거래소 첫 허가

다음

프리톤 블록체인 "초당 5만 5000건 처리…신기록 경신"