Kegagalan Minswap Menimbulkan Cemas Pelabur Cardano (ADA)

요약:Pertukaran atau bursa desentralisasi (DEX) pertama Cardano, Minswap telah ditutup buat sementara waktu bermula pada 6 September, mengundang ketidakpuasan hati dalam kalangan pelabur ADA.

Manakan tidak, bukan kecacatan ini sahaja yang mereka hadapi ketika testnet Cardano bersiaran, tetapi juga melibatkan kesukaran dengan penghasilan transaksi tidak dibelanjakan (unspent transaction output, UTXO), kegagalan DApp, dan isu kesesakan rangkaian

Ketika mereka mengadukan isu ini di beberapa ruang forum, timbul juga reaksi yang negatif berkaitan projek tersebut, terutamanya beberapa hari lagi sebelum kontrak pintar dilancarkan di Cardano.

Malah, ada juga segelintir pihak yang menghentam pengasas Cardano, Charles Hoskinson di ruang media sosial.

Tidak seperti yang diharapkan, Hoskinson seakan tidak peduli dengan situasi pelabur dan masalah dihadapi Minswap: “Kami tidak bertanggungjawab dengan keadaan Minswap dan tiada apa yang perlu dibaiki. Ia tidak bermasalah.”

Apa yang berlaku dengan Minswap?

Pada 4 September, Minswap telah melaporkan concurrency atau isu beberapa komputasi secara serentak hingga menyebabkan mereka terpaksa menangguhkan testnet mereka.

Sejak bersiaran di testnet Cardano, Minswap menerima aduan berkaitan dengan masalah penukaran token dan penyediaan liquidity.

Menyedari ramai yang menyalahkan Cardano, Hoskinson menepisnya dan menjelaskan sentimen negatif ini didorong oleh golongan yang FUD.

Sebenarnya, kejadian ini membuktikan lagi risiko kesan perdagangan di DEX ketika fasa testnet. DEX Cardano, SundaeSwap Labs juga memberi jaminan ini sekadar isu sementara memandangkan ianya normal untuk ekosistem baru.

Dijangka Minswap akan kembali beroperasi dalam beberapa minggu lagi.

면책 성명

본 기사의 견해는 저자의 개인적 견해일 뿐이며 본 플랫폼은 투자 권고를 하지 않습니다. 본 플랫폼은 기사 내 정보의 정확성, 완전성, 적시성을 보장하지 않으며, 개인의 기사 내 정보에 의한 손실에 대해 책임을 지지 않습니다.
전편

싱가포르, 가상자산거래소 첫 허가

다음

프리톤 블록체인 "초당 5만 5000건 처리…신기록 경신"