Elon Musk Di Ugut Anonymous ?

요약:Ramai yang menyokong perbuatan anonymous terhadap Elon Musk. Apa yang bakal Elon Musk lakukan selepas terima ugutan ini ?

Elon Musk menjadi sasaran terbaharu kumpulan penggodam Anonymous. Dalam satu video yang menjelaskan salah laku Musk, Anonymous memberi amaran kepada Ketua Pegawai Ekskutif Tesla itu kerana telah memusnahkan kehidupan pelabur matawang kripto dengan hantara tweet nya.

Anonymous menyatakan tweet Musk jelas menganiaya pelabur kecil dan sikap tidak bertanggungjawab itu memberi kesan kepada mereka.

“Selepas membaca komen pada hantaran di Twitter, jelas sekali apa yang anda lakukan ke atas pasaran kripto telah menjejaskan kehidupan orang lain. Berjuta-juta pelabur benar-benar bergantung hidup ke atas pelaburan kripto untuk menambah baik kualiti kehidupan mereka,” kata Anonymous.

Kumpulan penggodam itu menuduh tweet Musk hanya untuk menguntungkan syarikatnya dan tidak mempedulikan masa depan matawang kripto. Malah, sudah beberapa kali tweet menyebabkan pasaran kripto mengalami kerugian berbilion dolar. Sebagai contoh, tindakan Tesla untuk tidak lagi menerima Bitcoin sebagai bayaran membeli kereta elektrik keluarannya.

Anonymous percaya Tesla sengaja membuat keputusan tersebut. Ini kerana Tesla menjana kebanyakan pendapatannya daripada kredit cukai karbon hijau daripada kerajaan di mana ia beroperasi. Jadi, sebab utama kenapa penggunaan Bitcoin dihentikan adalah supaya ia boleh terus menerima kredit berkenaan.

Memakai topeng Guy Fawkes yang menjadi identitinya, Anonymous menyifatkan Musk sebagai penjahat dalam filem James Bond. Seseorang yang membentuk imej sebagai individu berwawasan sedangkan sebenarnya dia ialah seorang narsistik kaya yang dahagakan perhatian. Video yang ditonton lebih 2 juta kali di Youtube itu diakhiri dengan kata-kata, “Anda mungkin fikir anda ialah orang paling pandai, tetapi anda sekarang sudah bertemu buku dengan ruas. Kami ialah Anonymous! Kami ialah Legion! Nantikan tindakan kami.”

Walaupun ramai yang berkongsi video berkenaan di Twitter, Musk nampaknya masih belum membalasnya secara langsung. Sebaliknya, dia hanya berkata, “Jangan bunuh apa yang kamu benci. Tetapi selamatkan apa yang kamu sayang.” Takutlah tu..

면책 성명

본 기사의 견해는 저자의 개인적 견해일 뿐이며 본 플랫폼은 투자 권고를 하지 않습니다. 본 플랫폼은 기사 내 정보의 정확성, 완전성, 적시성을 보장하지 않으며, 개인의 기사 내 정보에 의한 손실에 대해 책임을 지지 않습니다.
전편

速汇金(MoneyGram)允许在其1.2万家零售网络店上买卖比特币

다음

프리톤이 새로운 디파이 육성 프로그램을 시작한다